Kalau Jepun, benda yang tak boleh dilupakan adalah banyaknya vending machine. Depan rumah saya jalan kaki tak sampai 10 saat sudah ada mesinnya. Sekarang ini ada satu tempat yang jual PCR test.

PCR ini adalah salah satu test pantas untuk mengetahui sama ada anda dijangkiti virus COVID-19 atau pun tidak. Tak perlu lagi susah-susah hendak tunggu giliran pergi ke klinik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Harganya 3,500 yen (RM140), feeling macam RM35. Hmm, kalau saya jumpa vending machine itu lebih awal, lebih baik pakai yang itu berbanding habiskan duit 9,900 yen (RM396) pergi ke klinik.

Bagi yang pernah mencubanya, ia ambil masa lebih kurang 5 minit. Setelah habis, pembeli perlu pos. Seperti yang diberitahu oleh syarikat penyedia PCR, proses untuk tahu keputusan ambil masa dalam lebih kurang 24 jam setelah menerima sampel.

Keputusan PCR akan dimaklumkan melalui aplikasi smartphone. Jadi senang kerja pembeli. Kalau disahkan positif, syarikat akan terus menghubungi pembeli dan pejabat kesihatan. Di situ prosedur seterusnya akan diambil alih.

PV-7
APA YANG ADA DALAM KIT PCR
PV-10
Manual untuk anda dapatkan sampel
PV-11
SELEPAS SIAP AMBIL SAMPEL, POS UNTUK TAHU KEPUTUSAN

Kalau kalian bernasib baik lagi, pelbagai benda boleh jumpa di dalam vending machine. Antaranya mee goreng, ayam goreng, sayur-sayuran, crepe, makanan palsu, atau air kosong panas.

Macam mana benda-benda macam itu pun boleh dijual? Lagi-lagi di Jepun ada dalam 5 juta unit yang diletak merata-rata. Pergi saja ke supermarket pun boleh dapat beli. Silap-silap boleh dapat harga lagi murah. Kalau berbanding jumlah satu dunia, ada 15 juta dan Jepun sudah pun ambil dalam 1/3 darinya.

Ia begini. Orang Jepun ini ada satu perangai. Nampak macam buruk tetapi berguna untuk orang nak jual sesuatu produk kepada bangsa matahari terbit. Kalau mereka nampak sesuatu produk/servis itu berikan nilai, mereka sanggup belanjakan duit untuk beli. Mahal pun mereka sanggup beli. Bagi kes vending machine, orang Jepun nampak ia servis yang menyenangkan mereka.

Bayangkan kita nak jimat duit beli botol air, tetapi kena naik basikal kayuh sedikit jauh ke supermarket. Kemudian berjalan kaki masuk ke dalam supermarket. Setelah itu jalan kaki lagi mencari air di rak jual yang panjang. Akhir sekali kena beratur panjang sebelum dapat bayar. Di kaunter, kena habiskan masa mendengar juruwang ‘membebel’ “Tuan mahu plastik? Tuan ada point card?” Semua itu memakan masa hanya kerana mahu dapatkan sebotol air. Lebih baik habiskan masa tengok tv.

Ada satu lagi kelebihan vending machine. Ia berkaitan ketika berlakunya bencana alam. Nanti saya ceritakan lagi.

Oh ya, kalian tahu vending machine yang diletakkan di tempat tertinggi di Jepun? Boleh tengok artikel ini. Sebelum ini ada ceritakan juga vending machine hidup yang diletakkan di bawah landasan keretapi.

Ini pula beberapa artikel lain berkaitan vending machine di Jepun. Baca lagi pada pautan di bawah.

‘Vending Machine’ Halal Pertama Di Jepun Turut Jual Produk Brahim’s

5 Sebab Mengapa Terdapat Banyak ‘Vending Machine’ Di Jepun

Rendang Antara Produk Baru MUJI Jepun Khas Untuk Anda Yang Rindukan Makanan Malaysia