Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Anda semua sudah tonton BoboiBoy The Movie 2 (BTM2) ? Saya review sedikit tentang filem ini. Mungkin panjang tapi bacalah. Membacakan jambatan ilmu?

Pertamanya bila mahu tengok BoboiBoy ni ialah kita perlu membuang stigma bahawa animasi Malaysia adalah untuk kanak-kanak. Ya, hakikatnya BoboiBoy adalah hiburan untuk semua lapisan masyarakat Malaysia tanpa mengira batasan umur.

Kenapa kita boleh layan animasi dari luar contohnya Frozen (sampai kita boleh hafal lagu let it go, let it go) tanpa ada banyak dolak-dalik tetapi bila bercerita soal animasi Malaysia, kita kata ia hanya untuk kanak-kanak sahaja. Nampak macam ada double standard sahaja kan?

Memanglah kita tidak boleh nak bandingkan filem BTM2 ini dengan animasi-animasi keluaran Disney ataupun Pixar yang memperuntukkan bajet puluhan juta ringgit. Namun, dengan bajet hanya sekitar RM5-6 juta, saya kira filem BTM2 ini telah memberikan kepuasan sinematikal bagi saya personally. Cukup rempah ratusnya.

Saya melihat 2 asas yang buat saya tertarik dengan filem ini:

1. Ia menghiburkan. Jalan ceritanya mudah. Lawak-lawaknya pun kena dengan situasi dan sangat bersahaja. Anda tak perlu dipaksa untuk ketawa terbahak-bahak dalam banyak adegan dalam filem ini. Babak aksinya pun power. Serius!

2. Ia adalah sebuah filem berfalsafah (ok bab yang ini saya nak cerita panjang sikit). Bercerita tentang falsafah ini, saya pernah tengok cerita kartun The Peanuts, ada satu babak yang dibikin secara homour, Charlie Brown berbincang dengan kawan-kawannya tentang karya Mark Twain dan dia kena buat tugasan cari buku Leo Tolstoy; War And Peace. Pada saya babak ni power.

Bila cerita pasal falsafah ni maksud saya bukanlah kita nak kena hadam Friedrich Nietzsche, Francis Fukuyama, Samuel Huntington atau Noam Chomsky. Untuk hadam falsafah dalam filem Boboiboy ni tapi cukuplah kita faham ianya adalah sebuah ‘filem berfalsafah’ yang nak ajak kita berfikir.

Secara asasnya, filem ini adalah sebuah filem berkonsepkan 1 Malaysia as a family. Ada watak melayu, ada watak Cina, ada watak India dan watak-watak ini saling-melengkapi antara satu sama lain tanpa ada sebarang prejudis. Segalanya adalah berteraskan budaya Malaysia, rakyat berbilang kaum Malaysia, jati diri rakyat Malaysia dan semangat setia kawan rakyat Malaysia. Ini falsafah paling penting yang cuba diterapkan dalam filem ini.

Dalam filem ini juga, kita faham bahawa kadangkala nilai kemanusiaan melangkaui batasan kejahatan. Kita boleh lihat melalui watak Boboiboy menyelamatkan Adudu dan Probe dalam babak awal filem ini. Dia boleh sahaja tak tolong Adudu tapi atas dasar kemanusiaan dia pergi jugak tolong Adudu dan last-last Adudu tolong team dia pulak lepas tu. Nampak tak konsep kalau kita buat baik kat orang, natijahnya pun akan jadi baik akhirnya.

Filem ini juga bercerita tentang ‘semangat bangkit melawan’ anak-anak muda. Ya, Boboiboy dan kawan-kawannya sanggup meninggalkan ‘the comfort zone’ harian mereka, keluarga untuk melawan kejahatan, kekejaman dan penindasan.

Dewasa ini kita memang banyak filem tentang anak muda tetapi boleh dikatakan hampir kesemuanya hanya menjurus kepada anak-anak muda dari perspektif yang negatif seperti mat rempit, minah rempit, lumba kereta haram, remaja yang bergelumang dengan kancah maksiat, kisah cinta remaja, gangsterisme, gay, lesbian dan banyak lagi.

Industri kita amat kurang filem-filem yang memberikan motivasi kepada anak muda. Jadi pada saya, pengajaran yang ada dalam filem BTM2 ini menjadikan ia satu filem yang bagus untuk ditonton. Yelah, disaat remaja kita kat Malaysia masih dok bawah ketiak mak, BoboiBoy dan kawan-kawannya dah bercakap soal nak menyelamatkan bumi, kan power tu.

Persoalan MENGHORMATI GURU juga diangkat sebagai tema dalam filem ini. Ini satu perkara yang sangat bagus kerana sekarang ini banyak sangat isu berkaitan murid kurang ajar kepada guru. Jadi, sekurang-kurangnya filem ini menyampaikan mesej agar hormatilah guru walaupun disampaikan dalam nada lawak semasa babak perguruan BoboiBoy dan tok gurunya. Kalau nak tau kenalah pi tonton ya?

View this post on Instagram

[#BoBoiBoyMovie2 – RM15.8 JUTA DALAM 8 HARI TAYANGAN!🌟] . Sekali gus berjaya memecah rekod kutipan filem pertama – BoBoiBoy The Movie (2016). Jutaan TERIMA KASIH👏 kepada semua yang menonton di pawagam serta sokongan anda terhadap filem animasi tempatan! . Temui kami dan maskot #BBBM2 di lokasi-lokasi yang terpilih! Jangan lupa untuk dapatkan tiket filem BoBoiBoy Movie 2 anda, sekarang! – – [#BoBoiBoyMovie2 – RM15.8 MILLION WITHIN 8 DAYS!🌟] . Breaking the previous record held by the first movie – BoBoiBoy The Movie (2016). A million THANK YOU👏 to everyone for watching the movie in the cinemas, and for your support towards our local animated film! . Meet us alongside #BBBM2 mascots at selected locations! Don't forget to get your BoBoiBoy Movie 2 tickets now! – – [ 哇!BoBoiBoy电影2 竟然在短短的八天内,总票房已达到 RM 1580 万!🌟] . 惊人的是,再一次为上一部电影- BoBoiBoy The Movie(2016) 刷下新的纪录! . 万分感激所有到各大电影院支持本地动画的观众朋友们! 你们鼎力的支持,是我们为推广本地动画持续下去的最大动力。 也因此让这部动画电影在短短的八天内刷了新的纪录。 . 再一次感谢所有支持本土动画电影的你们!你们是最棒的! . 还有大家也可以到指定的场所跟我们的卡通人物见面噢! 还没观看这部电影的朋友们,赶快到附近的电影院购买 BoBoiBoy 电影2 的戏票吧! 这部电影正在热映中,赶快买票吧! . NOW IN CINEMAS! #BoBoiBoy #Monsta10Years #AstroShaw #AniMy . .

A post shared by BoBoiBoy (@boboiboy) on

Saya kira pembikinan sesebuah filem animasi adalah merupakan sesuatu kerja yang amat rumit dan complicated. Syabas saya ucapkan kepada Nizam Razak dan teamnya, Animonsta Studio kerana BoboiBoy The Movie 2 telah meletakkan industri animasi kita pada tahap yang sangat-sangat membanggakan.

Secara keseluruhannya pada saya filem ini sangat bagus dan sewajarnya ditonton oleh setiap lapisan rakyat Malaysia.

Macam saya cakaplah tadi, ia sebuah filem yang cukup rempah ratusnya. Ada elemen lucu, sedih, konflik, twist, aksi dan ada nilai murni yang anda akan dapat apabila menonton filem ini.

Oh ya, anda tak perlu nak tengok semua siri tv BoboiBoy untuk faham filem ini. Jadi kepada seluruh rakyat Malaysia, mari kita support sikit industri filem kita kerana siapalah yang akan menyokong industri perfileman Malaysia, kalau bukan kita, kan? Jom!