Ramai sudah tahu bagaimana watak Chris Evans (Captain America) ‘dimatikan’ oleh pihak Marvel Studios dalam Endgame. Kini, Sam Wilson a.k.a Falcon pula akan menggalas tugas sebagai Captain America dalam filem Marvel Cinematic Universe (MCU) selepas ini.

Ketika adegan Steve Rogers memberikan perisai Captain America kepada Sam, dapat dilihat Bucky tersenyum dan mengangguk tanda setuju dengan pemilihan Sam sebagai Captain America yang baharu. Tetapi, mengapa tidak Bucky yang mempunyai kekuatan yang hampir sama seperti Steve tidak dipilih?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/FOWZ1A/status/1123620664152395776

Throwback filem Captain America: The Winter Soldier, Bucky ada memegang seketika perisai ini dan pada ketika itu, ada yang berpendapat Bucky lah yang akan mewarisi perisai tersebut sekiranya apa-apa berlaku kepada Steve di masa akan datang.

Selaku pengarah untuk filem The Winter Soldier, Russo Brothers mempunyai sebab mereka yang tersendiri mengapa Sam adalah pilihan mereka untuk mewarisi perisai Captain America.

“Sebenarnya pemilihan untuk watak mana yang paling sesuai untuk memegang watak Captain America memang ada dibincangkan. Tetapi Sam Wilson adalah calon yang paling tepat. Mengapa? Kerana Bucky mempunyai sejarah hitam di mana mindanya pernah corrupted ketika di bawah pengaruh Hydra dan dengan sebab ini, beliau tidak fit untuk menjadi Captain America yang baharu,” kata Joe Russo.

“Sam Wilson pula memiliki prinsip dan integriti yang sama seperti Captain America. Jadi Sam adalah insan yang lebih layak untuk menggalas tugas Captain America selepas ini,” Tambah Joe.

Ini bukan kali pertama Falcon terpilih untuk menjadi Captain America. Dalam komik Captain Marvel #21 yang dikeluarkan pada tahun 2012, Falcon dipilih oleh Rogers untuk mewarisi beliau sebagai Captain America yang baharu.

Sam dan Bucky mungkin tidak mempunyai masa bersama yang lama dalam filem MCU tetapi mereka akan mempunyai masa bersama yang panjang di saluran steaming milik Disney, Disney+. Anthony Mackie dan Sebastan Stan akan kembali memegang watak masing-masing untuk siri khas mereka di saluran Disney+.

Sama ada Sam akan terus menjadi Captain America atau Falcon masih belum diumumkan. Jika digabungkan kedua-duanya, ini mungkin rupa baharu Captain America nanti. Anda setuju dengan pemilihan Falcon sebagai Captain America yang baharu?

https://twitter.com/letstalkavenger/status/1125935476865519616