Sekitar tahun 2016, GoPro telah melancarkan sebuah dron yang diumumkan dengan penuh hype iaitu GoPro Karma. Menurut GoPro, Karma bakal mengubah cara pengguna menggunakan dron namun apa yang berlaku hanyalah sekadar ‘karma’ buat syarikat itu sendiri.

GoPro pada hari ini telah mengumumkan mereka tidak lagi berminat dan mahu berhenti untuk mengfokuskan kepada pengeluaran dron. Masalah melibatkan keuntungan yang rendah serta persaingan yang kompetitif daripada beberapa jenama lain membuatkan GoPro memilih untuk mengundur diri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

la-fi-tn-gopro-karma-20170105

Lebih parah, GoPro Karma ternyata sekadar hype selepas gagal mendapatkan angka jualan seperti yang diinginkan. Para pengguna lebih cenderung untuk mendapatkan beberapa jenama lain berbanding GoPro Karma yang dijual dengan harga mencecah RM6,000.

Kegagalan produk ini sekaligus dikatakan punca GoPro mencapai angka keuntungan terendah pada Q4 2017 sepanjang 3 tahun terakhir ini.

Adakah DJI akan terus menjadi pioneer di dalam industri dron berikutan pengunduran GoPro? Sudah tentu, DJI sudah berjaya mendapatkan kepercayaan pengguna serta berjaya melengkapkan model bermula dengan entry level sehinggalah kepada model high end.

Buat anda yang mahu mendapatkan model terbaru GoPro Hero 6, kami cadangkan anda dapatkan segera kerana model ini kini ditawarkan dengan diskaun sehingga RM550. Anda boleh dapatkannya di sini.

Sumber