Walaupun kita cuma faham ‘I Am Groot’ sahaja sepanjang filem Marvel ini, tetapi watak Groot sebenarnya lebih daripada itu.

Ketika membantu menempa tukul terbaru untuk Thor (Stormbreaker), Groot mengorbankan tangannya sendiri untuk dijadikan pemegang untuk tukul terbaru Thor ini. Tukul milik Thor sebelum ini, Mjolnir hanya yang layak sahaja dapat angkat tukul berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengarkan penerangan oleh pihak Looper ini mengapa Groot layak mengangkat tukul milik Thor ini. Sebenarnya, Stormbreaker tidak mempunyai sebarang undang-undang siapa yang boleh menggunakannya. Jadi disebabkan itu Groot dapat mengangkatnya.

Cuma tindakan Groot mengorbankan tangannya untuk dijadikan pemegang tukul Stormbreaker adalah satu tindakan yang sangat heroic. Nampaknya kita akan lebih sayang pada Groot selepas ini.