Pagi ini (4 Februari 2016) saya pergi potong rambut saya. Tukang gunting itu seorang anak muda dari India. Caj sebenar gunting rambut ialah hanya RM12 tetapi saya bayar dia RM32, termasuk RM20 sebagai tip untuk dia. Dia kelihatan terkejut, lalu saya memberitahu kepadanya: ‘Yang ini awak simpan’. Dan saya mengucapkan terima kasih kepadanya kerana menggunting rambut saya sebelum saya bergerak pulang ke rumah.

Pada waktu itu saya berfikir – berapakah pendapatannya yang betul-betul dia dapat dan berapa banyak pula yang dia hantar pulang ke rumah dengan kadar matawang kita sekarang? Adakah dia mempunyai isteri atau anak-anak di negara sendiri? Adakah dia sudah bersarapan pagi? Apakah nilai RM20 ini?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

JD

Awal tadi, saya makan tengah hari agak lewat di gerai kecil di Bukit Bintang. Saya nampak 2 orang askar dan 2 orang polis sedang makan tengah hari bersama dengan senjata-senjata mereka berada di dalam tangan masing-masing. Saya membuka dompet saya dan hanya ada RM20 sahaja.

Saya telah memanggil pelayan gerai untuk memberitahunya bahawa saya akan kembali semula ke sini selepas mengeluarkan duit tunai dari bank berdekatan.

Apabila saya pulang semula ke gerai dari bank, saya mendapati mereka masih ada di situ. Saya bertanya kepada pelayan gerai adakah mereka sudah membayar harga makanan itu dan dia menjawab; “Belum lagi.” Lalu saya memberitahu kepadanya bahawa saya akan bayar semua untuk mereka.

Lagipun, berapa banyak yang mungkin saya belanjakan untuk mereka? Ia hanya RM30 untuk empat orang itu. Adakah RM30 cukup untuk kewajipan menjaga dan melindungi nyawa orang lain? Bolehkah wang ini membeli kehidupan mereka jika mereka mati semasa bertugas?

Jadi, apakah makna RM20 atau RM30 kepada saya?

Ia hanyalah satu nilai ke atas sehelai kertas. Hidup selama 31 tahun dan sekiranya tetiba saya mati esok, kertas-kertas ini tidak akan memberi apa jua manfaat kepada saya lagi. Saya akui saya tidak mempunyai pendapatan yang banyak tapi apa yang boleh menghalang saya daripada terus memberi?

Apakah yang buat kita berfikir dengan hanya membuat wang, dengan menyimpan banyak wang, dengan mengumpul bertan-tan wang dan menyimpannya untuk diri kita sendiri akan membuatkan kita berasa gembira?

Adakah ia akan menjamin kehidupan kekal abadi kita? Oh, tidak.

Jika saya tidak membelanjakan RM50 ini untuk orang lain, saya mungkin akan bersukaria dan menikmatinya untuk diri sendiri di kelab dan minum. Saya juga mungkin akan membeli baju baru berjenama, saya mungkin akan membelanjakan wang itu untuk makan malam di Tony Romas, saya mungkin akan menikmati minuman di Starbucks, saya mungkin akan mengisi minyak ke dalam tangki kereta saya.

Tapi serius, adakah itu semua penting? Adakah hidup ini hanya tentang diri kita sahaja? Bukankah kita sama-sama manusia yang hidup di bumi ini dengan matlamat yang sama? Jadi, mengapa perlu kedekut?

Hari ini, RM50 yang telah saya berikan kepada orang lain tidak mencuri senyuman saya, ia tidak membuatkan saya berasa lapar, ia tidak membuatkan saya berasa sedih, saya tidak menyesal, ia pastinya tidak membuatkan saya menjadi lebih miskin. Kerana apa yang telah saya berikan itu, saya sentiasa boleh mendapatkannya kembali.

Ia telah membuatkan saya sedar bahawa apa yang saya miliki ini adalah hanya satu nilai di atas kertas. Tapi kalau kita meletakkan nilai kertas ini pada diri kita sendiri, baru hidup ini betul-betul berbaloi.

Your life is worthy, only if you are.

Akhirnya di penghujung kehidupan, semua yang akan anda ‘ada’ adalah semua yang pernah anda berikan.

Nota: Terjemahan ini dilakukan oleh editor The Vocket. Di bawah ini adalah artikel asal Jagdish Singh.

This morning I had my haircut. The barber was quite a young chap from India. Actual charge was only RM12 but today I…

Posted by Jagdish Singh on Thursday, February 4, 2016

Sumber