Selepas Nabil Ahmad menjadi perhatian apabila dilaporkan membeli jam tangan rare G-Shock x Takashi Murakami, Dato’ Siti Nurhaliza pula menjadi tumpuan apabila ada peminat yang tajam matanya mengenal pasti harga seutas jam tangan yang disarungkan oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Pengguna Twitter Jat Ikhwan dalam perkongsiannya berkata, jam tangan di pergelangan tangan Dato Siti Nurhaliza mirip model jam tangan mewah Richard Mille RM07. Jat Ikhwan menambah, harga jam tangan tersebut kemungkinan besar dalam julat harga USD100,000 (~RM418,000) sehingga USD150,000 (~RM627,000)!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/JatIkhwan/status/1159480844647403520

Adakah benar jam tangan mewah Richard Mille ini boleh mencecah harga ini? Kami membuat tinjauan harga di laman jualan jam tangan mewah, chrono24.my. Berdasarkan model jam yang ada di laman ini, model Richard Mille untuk wanita boleh mencecah harga RM1.2 juta bergantung kepada model.

RM 09
Antara model jam tangan yang dijual di laman chrono25.my

Anda mungkin tertanya-tanya, mengapa jam tangan Richard Mille (RM) ini sangat mahal? Dalam satu temubual bersama CNBC, Richard Mille berkata jam tangannya yang technical and complicated membuatkan ianya mahal. Ianya masuk akal kerana teknologi yang ada pada setiap jam tangan Richard Mille adalah sangat hebat.

Pertamanya, casing Jam RM berbentuk tonneau-shaped (barrel) ini adalah hasil rekaannya sendiri. Tambahan lagi, tiga jenis ‘besi mewah’ digunakan untuk menghias jam tangan RM; emas putih, emas merah kuning dan titanium bergantung kepada permintaan pelanggannya.

Casing jam tangan RM adalah yang paling mahal dan sukar untuk dihasilkan ditambah lagi tiada permukaan yang rata terdapat pada jam tangan ini. Jadi, setiap komponen dalam jam tangan RM mempunyai rekaan yang unik dan khas untuk jam tangan RM sahaja.

Plat besi yang digunakan untuk jam RM juga merupakan besi tahan lasak yang digunakan dalam pembuatan kereta Formula 1, kapal angkasa dan kapal layar lumba. Bagi menambahkan lagi nilai mewah pada jam RM, butiran berlian atau batu permata akan ditambah.

https://www.youtube.com/watch?v=6fNVLWAJfgw

Dato Siti Nurhaliza hanya salah seorang selebriti yang menggayakan jam tangan ini. Antara selebriti luar negara yang pernah dilihat menggayakan jam tangan ini adalah Pharrell Williams, Kanye West,Ed Sheeran, Chris Brown, Neymar da Silva dan Rafael Nadal.

Disebabkan jam tangan RM dibuat dengan tangan dan tersangat eksklusif , setiap model RM mempunyai harga jualan semula yang tinggi. Jam tangan RM sebenarnya mempunyai permintaan yang tinggi di negara-negara Arab. Jadi, tiada masalah sebenarnya untuk Dato Siti Nurhaliza memiliki jam tangan ini kerana setiap pembelian merupakan satu investment untuk masa hadapan.

Sumber