Semalam berlangsungnya Anugerah Juara Lagu 32 (AJL) dan untuk edisi kali ini, penyanyi Hael Husaini bergelar juara dengan lagu ciptaan beliau bersama komposer Ezra Kong, Jampi. Seperti biasa ramai yang sudah menjangkakan lagu ini adalah antara lagu yang favourite untuk memenangi AJL untuk tahun ini.

Mungkin ada yang suka dan ada yang tidak berpuas hati kenapa lagu ini menjadi juara kerana berasakan ada lagi lagu lain yang lebih layak untuk memenangi edisi kali ini. Tetapi saya mempunyai beberapa sebab kenapa lagu ini patut diangkat sebagai juara.

1. Percubaan pertama

Jampi merupakan percubaan pertama Hael Husaini secara solo. Beliau memulakan karier sebagai penyanyi melalui kumpulan duo Azhael yang menempa nama menerusi rancangan program realiti Akademi Fantasia 2013. Saya adalah antara orang pertama yang mendengar lagu ini di laman YouTube dan ketika itu, saya sudah dapat ramal lagu ini pasti akan jadi fenomena. Lagunya catchy tetapi mempunyai melodi yang kuat.

2. Komposer generasi baharu

Bukan sahaja mempunyai suara yang hebat, Hael juga merupakan komposer yang hebat. Beliau turut menghasilkan lagu untuk artis-artis tempatan yang lain seperti Indah Ruhaila, Nabila Razali dan Amira Othman. Kebanyakkan artis di Malaysia mempunyai suara yang merdu tetapi tidak mampu untuk menghasilkan lagu sendiri.

Dengan adanya komposer pelapis seperti Hael ini, lagu yang dimainkan di radio juga lebih variety dan tidaklah dibuat komposer-komposer yang sama sahaja.

3. Pilihan para juri handalan

AJL tahun ini diadili juri profesional pelbagai latar muzik iaitu Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Wah Idris, Helen Yap, Sharon Paul, Datuk Ramli Sarip, Pak Ngah, Edrie Hashim dan Aizat Amdan. Setiap juri mempunyai latar belakang serta genre muzik yang berlainan. Jadi pemarkahan tidak lah bias kepada satu pihak sahaja.

Pujian juga harus diberi untuk pasukan di belakang tabir yang turut bertungkus lumus menjadikan AJL 32 kali ini antara AJL terbaik; dari segi rekaan pentas yang hebat serta pemilihan pemenang pada malam semalam. Pertama kali AJL kurang kecaman. Aliff Satar dan Sherry Al-Hadad juga sangat cool dan serasi walaupun pertama kali mengendalikan pentas besar AJL.

Tahniah juga kepada semua pemenang lain; Syamel, Ernie Zakri, Haqiem Rusli, Faizal Tahir, Azmi, Caliph Buskers serta Altimet yang menggamatkan lagi pentas AJL semalam.

Saya pernah terlibat di dalam industri muzik dan pernah saya mendengar kata-kata ini; lagu yang menang di hati pendengar adalah lagu yang memorable serta menjadi siulan para pendengar. Itulah penangan Hael Husaini menerusi lagu Jampi ini. Semoga terus menghasilkan lagu-lagu yang awesome selepas ini, Hael.

P/S: Lagu mana pula pilihan peribadi anda untuk jadi juara?

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤