Belajar sikit daripada filem popular. Sebelum membina perniagaan yang hebat, kita lihat kisah yang hebat. Cerita yang menarik memerlukan penjahat yang menarik juga. Lihat watak-watak berikut. The Joker, Lex Luther, Darth Vader dan Agent Smith.

Kegelapan akan selalu ada, mengancam untuk memusnahkan dunia. Setiap kisah hebat memerlukan watak lelaki jahat. Maka, kisahnya akan disukai. Sama ada kita sedar atau tidak. Perniagaan juga seperti itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1_UaMS-nuYZ_6-O41ItATzlQ

Kita menemui Coca-cola vs Pepsi, Apple vs Microsoft, Tesla vs Gas Cars, Amazon vs eBay dan Google vs Yahoo.

Semasa anda ingin membina perniagaan. Pertimbangan siapakah ‘penjahat’ yang mesti diambil kira. ‘Penjahat’ tidak semestinya manusia. Google melawan maklumat berlebihan Amazon melawan kesulitan. Apple melawan teknologi lapuk.

Penjahat boleh sahaja dalam bentuk amalan buruk, cara hidup yang buruk atau idea yang buruk. Satu fakta yang tidak boleh diabaikan. Penjahat tidak semestinya memusuhi anda.

118787528_3247922418654711_6404642838306079347_n

Joker meminta Batman menyertainya, Ejen Smith meminta Neo menyertainya, Darth Vader meminta Luke menyertainya.

Realitinya, dalam kebanyakan cerita, penjahat secara aktif selalu akan mencuba memujuk hero untuk menyertai perjuangan mereka. Hero, akhirnya akan menjadikan diri mereka sebagai musuh untuk menentang segala perbuatan yang dilakukan oleh si penjahat.

Penolakan ajakan kejahatan ini menguatkan sifat dan watak kepahlawanan mereka, sekali gus menjadikan watak mereka sukar dilupakan. Ini membuatkan kita semua bersorak demi mereka.

Elon Musk

Oleh yang demikian, Semua kisah hebat mempunyai penjahat yang hebat juga. Perniagaan yang hebat juga mempunyai penjahat. Penjahat dalam bisnes boleh menjadi amalan, cara hidup atau idea yang buruk. Penjahat menghidupkan watak hero untuk memberi kefahaman kepada penonton akan tujuan dan matlamat perjuangan sang hero.

Jika kita memiliki bisnes saat ini, apakah kita benar-benar mengenali apa atau siapa ‘penjahat’ yang sedang kita hadapi? Dengan adanya watak ‘penjahat’ cerita bisnes kita akan menjadi lebih menarik dan menghambat perhatian pelanggan. Jom jadi hero yang berjuang menentang sisi kegelapan!

Ketahui juga bagaimana Zoom berjaya mencatat keuntungan sebanyak RM17 bilion dalam tempoh beberapa jam sahaja.

Dalam Masa Beberapa Jam, Pengasas Zoom Berjaya Catat Keuntungan Sebanyak RM17 Bilion

Huawei Dijangka Akan Berhenti Mengeluarkan Telefon Pintar