Saya memilih Jeju disebabkan udara yang nyaman, sejuk, ada gunung dan ada pantai, bukan disebabkan saya peminat K-Pop mahupun drama jiwang Korea. Tiada plan atau itinerary bertulis pun, saya terus lakukannya secara spontan dan berikut merupakan sedikit perkongsian saya ke Pulau Jeju bersama keluarga.

Saya membeli tiket penerbangan AirAsia serta mendapatkan direct flight. Adalah digalakkan beli lebih awal atau semasa promo untuk mendapatkan harga tiket yang lebih murah. Masa penerbangan adalah selama 6 jam. Jeju ini istimewa, hanya 11 negara sahaja yang perlukan visa, jadi saya bawa pembantu rumah bagi memberi dia peluang merasa bercuti.

Memandangkan saya mempunyai anak yang ramai, saya lebih selesa book penginapan menerusi AirBnB. Saya menyewa 1 rumah yang memiliki 3 bilik tidur dan punya dapur. Harga sekitar RM400-RM700 semalam, sekiranya anda book awal boleh dapat unit yang gempak-gempak lengkap dengan seaview.

Jeju ini keluasannya 3 kali Singapura, jadi saya duduk di dua kawasan berbeza, iaitu 3 hari pertama duduk di kawasan Barat dan 3 hari terakhir di kawasan timur. Jadi memudahkan saya membawa keluarga explore Jeju dan jimat masa.

Bagi kenderaan pula, saya menyewa kereta dengan agen Malaysia di sana. Saya google sahaja sewa kereta jeju dan berurusan menerusi email dimana proses lebih pantas, cepat dan bayaran menerusi pembayaran atas talian.

46514267_2036465193063190_1950659882533257216_n

Untuk sewa kereta anda memerlukan lesen antarabangsa atau pun singkatannya IDP. Jadi untuk mendapatkan lesen tersebut, pergi JPJ isi borang dan bayar RM150. Kalau tidak ramai orang, dalam 20 minit siap. Perlu diingatkan membawa gambar berukuran size passport sekeping.

Saya memilih untuk masak sendiri berikutan restoran Halal sangat kurang di sana. Beli barang dapur di Mart besar mereka lebih murah berbanding Dongmun Market yang popular itu.

Korea menggunakan matawang Won, 1000KRW lebih kurang RM3.80. Anda boleh membeli 2 ekor sotong besar segar RM40.00, dimana masak sotong kunyit sedap dan berbaloi. Paling utama, beli sabun samak jenama Taharah untuk sucikan peralatan memasak.

Saya membawa beras dari Malaysia kerana di sana beras bulat sticky rice iaitu sekilo RM70, mana masuk dengan tekak Hang Jebat macam saya ni. Telur 10 biji adalah sekitar RM13. Masak pagi-pagi dan bawa bekal, jimat masa dan jimat belanja, di Jeju kaki lima pun cantik, bersih, so parking sahaja di mana-mana untuk lunch dengan bekal yang siap di bawa.

47021299_2038326329543743_8984578615475699712_o

Suhu paling tinggi di Jeju pada bulan Ogos, sekitar 27 C, sewaktu saya di sana adalah penghujung Autumn, sudah nak masuk ke Winter. Sejuk betul, matahari terbit jam 7 pagi dan matahari terbenam jam 5 petang, maka siang agak pendek.

Tempat menarik untuk kanak-kanak adalah Brick Campus, Maze Park, Super Hero Museum, Hello Kitty Island, Shinhwa Themepark, Dinasour Themepark dan macam-macam lagi. Museum KPop pun ada iaitu Play Kpop. Penawaran tempat menarik kanak-kanak yang pelbagai pastinya membuatkan percutian ini bermakna buat anak-anak anda. Oh ya, saya yakin orang dewasa juga bakal terhibur dengan penawaran taman tema yang pelbagai.

Jeju tempat yang sangat cantik, bawalah camera, shoot banyak-banyak buat kenangan bersama anak-anak.

46643971_2036464549729921_6316501487606300672_o

46823280_2036464416396601_1344069376302645248_n

Di Jeju setiap 1-2 KM ada speedtrap camera, had kelajuan maksimum cuma 70km/h sahaja. Kereta semuanya left hand drive namun anda tak perlu kekok kerana selepas 1-2jam anda dah mula rasa seperti biasa.

Barang runcit di Jeju memang agak sedikit mahal, bawang 3-4 biji RM10, tetapi masak lebih jimat, hari pertama saya makan sepinggan nasi beryani RM70++, portion kecil dan tak sedap. Jadi kami cadang untuk masak sahaja sepanjang trip. Untuk anak-anak bawalah bekalan ubat demam, selsema dan lain-lain. Kalau musim sejuk glove wajib, saya punya tangan kebas sebab sejuk.

46868916_2036464573063252_3783498298057293824_o

46803698_2036464693063240_3119666795577868288_o

Walaupun saya tiada plan terperinci, perjalanan kali ini Allah mudahkan, owner unit AirBnb banyak bantu beri info, sebab itu saya suka menggunakan AirBnb.

Di Jeju banyak ladang Tangerine, beli sedikit buat kudapan di dalam kereta, tiada biji, manis dan melancarkan sistem pencernaan. Jeju ada musim salji, musim bunga, musim luruh, pilihlah musim mana nak pergi, ikut selera masing-masing, mat saleh kata, you can’t go wrong.

46854686_2038326366210406_178298188539625472_n

Sejujurnya, saya teruja untuk repeat ke Jeju lagi, ada banyak tempat yang belum di explore. Saya harap anda juga berpeluang bermusafir ke sini.