Sebut sahaja soal burger, mesti anda akan teringat akan kelazatan burger keluaran syarikat francais McDonald’s yang popular itu. Restoran pertama McDonald’s di Malaysia telah dibuka di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada tahun 1982. Kini McDonald’s telah membuka sebanyak 250 cawangan di seluruh negara.

Untuk pengetahuan anda, McDonald’s merupakan rangkaian restoran makanan segera kedua terbesar di dunia manakala Subway di tangga yang pertama. Sebanyak 34,734 restoran di 191 buah negara telah beroperasi dan McDonald’s memulakan operasinya pada tahun 1961 di Illinois, Amerika Syarikat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun, tidak semua negara McDonald’s buat keuntungan. Mereka terpaksa menutup operasi McDonald’s di Iceland pada tahun 2009 atas beberapa sebab.

1. Keruntuhan ekonomi Iceland pada 2008

tunjuk-perasaan-oleh-rakyat-iceland

Setelah hampir 15 tahun bertapak di Iceland, McDonald’s mengumumkan penutupan 3 buah restoran serentak di Iceland pada tahun 2009. Pasaran saham dan 3 buah bank terbesar di Iceland mengalami kerugian yang besar sehingga menyebabkan semua sektor perniagaan yang beroperasi hampir muflis.

Beribu-ribu rakyatnya kehabisan wang simpanan dan satu demonstrasi telah dilakukan untuk menyuarakan kerisauan mereka kepada pemimpin. Nilai mata wang Iceland, Krona jatuh separuh daripada nilai asalnya dan telah mengakibatkan harga import barangan dari luar melonjak naik.

2. Bahan mentah diimport dari Jerman

https://www.instagram.com/p/B0iyBdSHPlw/

Menurut pemilik francais McDonald’s Iceland, Jon Garder Ogmundsson berkata semua bahan-bahan mentah perlu diimport dari Jerman. Memandangkan harga import barang di Iceland yang tinggi, harga jualan burger McDonald’s juga akan meningkat secara mendadak demi keseimbangan purata keuntungan jualan.

Demi meneruskan perniagaan dan menjana keuntungan, Jon Ogmundsson terpaksa menaikkan harga burger Big Mac McDonald’s sebanyak 20% daripada $5 (+-RM20.07) kepada $6.36 (+-RM26.35). Peningkatan tersebut menjadikan Big Mac di Iceland termahal di dunia. Rekod itu kini dipegang oleh harga Big Mac di Switserland dengan harga $6.82 (RM28.03).

Keuntungan yang sedikit turut menjadi salah satu sebab mengapa McDonald’s buat keputusan untuk tutup operasi di Iceland. Walaupun mereka meningkatkan harga, mereka tetap menerima pelanggan tetapi ia tidak cukup bagus.

Jon juga pernah mengeluarkan kenyataan ini, “Ia tidak masuk akal apabila satu kilo bawang yang diimport dari Jerman sama harganya dengan sebotol arak yang bagus.”

3. Kos sara hidup kedua tertinggi di dunia

Hand-Luggage-Only-18-2
SUMBER: HAND LUGGAGE ONLY

Pihak media Iceland melaporkan seramai 15,000 pelanggan hadir untuk menikmati hidangan di McDonald’s pada minggu terakhirnya beroperasi.

Disebabkan kos sara hidup yang tinggi di Iceland, McDonald’s terpaksa ditutup ketika krisis kewangan meruncing yang melanda negara itu. Namun pesaingnya seperti Burger King, Pizza Hut dan Kentucky Fried Chicken tidak berputus asa dan terus beroperasi di sana.

Pada tahun 2018, Iceland menduduki tempat kedua negara paling mahal di dunia. Hidangan satu set makanan di restoran Iceland dianggarkan sekitar RM83 hingga RM166. KFC dikatakan dapat bertahan di Iceland disebabkan penggunaan sumber bahan mentah yang ditanam sendiri seperti bawang demi mengurangkan kos bahan import.

Dengan keadaan ekonomi Iceland yang semakin baik, ada rakyat Iceland yang berharap McDonald’s dapat kembali beroperasi di negara kecil itu.

P/S: Sebagai tanda McDonald’s pernah wujud di Iceland, Reykjavik Bus Hostel mempamerkan ‘set burger McDonald’s’ yang dibeli pada tahun 2009 untuk tatapan para tetamu yang menginap di hotel tersebut. Menariknya, burger tersebut masih kelihatan ‘elok’ walaupun disimpan lebih 10 tahun.

Berikut beberapa perkongsian artikel mengenai bisnes makanan yang patut anda baca. Klik pautan untuk bacaan lanjut.

Ekonomi Serba Tak Menentu, Burger King Bantu ‘Promosi’ Burger McDonald’s

Sejarah Pizza Hut, Bermula Daripada Pinjam Duit Ibu Sampai Jadi Jenama Besar

Lengkap Berpakaian Seragam, Juruterbang Ini Buka Gerai Di Subang Demi Mahu Cari Rezeki