Semestinya jenama minuman Nestlé Milo ini menjadi kegemaran nombor 1 di hati rakyat Malaysia. Sebut sahaja pasal minuman Milo ini pastinya ia akan membuatkan tekak anda berasa dahaga.

Tahukah anda ketika ini berlaku krisis Nestlé Milo di Jepun di mana mereka tidak dapat mengeluarkan produk Milo disebabkan mendapat permintaan yang terlampau tinggi daripada pengguna di sana? Berikut adalah rungkaiannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Krisis kekurangan makanan bagi sesetengah produk

BeFunky-collage (1)
Sumber: Cavalock

Penduduk Jepun sepertinya sudah terbiasa mengalami krisis kekurangan makanan bagi sesetengah produk dan kini dikhabarkan Nestlé Jepun terpaksa menangguhkan buat sementara waktu bagi pengeluaran produk Milo atas sebab permintaan melebihi had sepanjang musim sejuk yang melanda negara ‘matahari terbit’ itu ketika ini.

Untuk pengetahuan anda, pengguna Jepun lebih menggemari jenama minuman Milo berbanding Ovaltine. Campuran perisa koko dan malt yang kaya dengan nutrisi dikatakan sangat mesra dengan selera penduduk Jepun sama ada ia dijadikan minum panas atau pun sejuk.

Jualan Milo meningkat selepas testimoni pengguna tular

Permintaan untuk minuman Milo ini di Jepun meningkat sangat tinggi selepas testimoni seorang pengguna tular di Twitter. “Sebulan selepas meminum Milo setiap pagi, saya rasa lebih mudah untuk bangun setiap pagi. Biasanya saya akan rasa letih dan tidak bermotivasi untuk buat kerja tetapi tidak selepas sebulan dengan Milo,” kata pengguna berkenaan,” kata ren_3.

Tweet beliau itu menerima lebih 32,000 retweet dan 92,000 likes. Menurut Nestle, permintaan Milo di Jepun meningkat 7 kali ganda berbanding tempoh yang sama pada 2019 selepas tweet ini tular.

Permintaan yang tinggi dan kekurangan sumber mentah

Nestlé Jepun dikhabarkan berjaya meraih keuntungan yang tinggi pada September tahun ini dengan penjualan kehabisan stok bagi pek 240 gram Milo Original. Walaupun mereka telah menambah bekalan produk Milo pada pertengahan November lalu, namun ia masih lagi tidak mencukupi bagi melunaskan permintaan pengguna yang tinggi pada tahun ini jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya.

Jika dahulu para pengguna boleh bersaing ‘siapa cepat dia yang dapat’ untuk membeli produk Milo di pasar raya. Namun kini, khabar memilukan apabila Nestlé Jepun telah mengumumkan penangguhan pengeluaran pek 240 gram dan 700 gram Milo Original serta Milo Original Stick Five-Packs sepanjang berlansungnya musim sejuk ketika ini.

Di samping permintaan yang tinggi, pihak Nestlé juga mengeluarkan kenyataan bahawa ada permasalahan kekurangan bahan mentah yang perlu diimport dari Singapura bagi kegunaan dalam penghasilan produk Milo di Jepun. Mereka menjangkakan pengeluaran produk ini akan beroperasi kembali pada Mac 2021.

Peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga Milo

BeFunky-collage
Sumber: Japan Today

Dalam suasana yang gawat ini, ada antara penjual dalam talian di Jepun menerusi laman Mercari mengambil kesempatan dengan menaikkan harga penjualan produk Milo bermula harga 2,000 yen (RM77.00) bagi 240 gram dan 4,480 yen (RM174.50) bagi pek 700 gram. Produk Milo di Jepun kini ibarat barang reseller di mana ia boleh dijual semula dengan harga yang lebih tinggi berbanding harga sebenarnya.

Rata-rata netizen mula meratap kecewa kerana pada musim sejuk kali ini mereka tidak dapat lagi merasai kehangatan dan kelazatan minuman Nestlé Milo. Walaupun pihak pasaraya Mercari ada menjualnya, namun ada mereka yang tidak berkemampuan untuk membeli produk tersebut kerana harga yang mereka jual adalah sangat tidak masuk dek akal.

Peraduan 1,000 mug Milo sebagai pengubat duka

Demi mengubati kekecewaan di hati peminat Milo di Jepun, pihak Nestlé telah menganjurkan satu peraduan memenangi 1,000 mug Milo edisi khas menerusi Twitter bermula pada 20 November lalu.

Peminat hanya perlu mengikuti akaun rasmi Twitter mereka dan retweet peraduan tersebut bersama slogan yang kreatif. Pemenang yang bertuah akan diumumkan menerusi laman Twitter tersebut dan membawa sebuah mug Milo sebagai hadiah kenang-kenangan, Berikut beberapa sisipan tweet daripada netizen yang menyertai peraduan ini.

“Seluruh keluarga saya menyukai Milo dan kami akan membelinya setiap kali ianya kehabisan stok di rumah kami. Untuk pengetahuan anda, saya telah minum Milo sejak berusia kanak-kanak sehingglah hari ini. Terima kasih Milo kerana telah menjadikan hari saya berjalan dengan lancar setiap hari.”

Iktibar daripada kisah ini adalah hargailah makanan dan jangan membazirkannya ketika ia masih ada. Berharap penduduk Jepun tabah menjalani musim sejuk pada saat ini walaupun tiada kehangatan minuman coklat panas yang menyelerakan sudah pastinya Milo. Jika hal seperti ini berlaku di Malaysia, adakah anda akan bersedih hati?

Lelaki ini digelar sebagai ‘Miloman’ disebabkan habinya yang suka mengumpul cenderahati keluaran jenama Milo seawal tahun 1950an. Klik sahaja pautan di bawah untuk membacanya.

Digelar Sebagai ‘Miloman’, Lelaki Ini Merupakan Pengumpul Barangan Keluaran Milo Seawal 1950

Air Milo Jadi Tanda Ingatan, Kisah Pekerja Myanmar Di Malaysia Ini Undang Sebak

Selepas KFC dan McDonald’s, Lori Milo Pula Buat Kemunculan Di Istana Negara