2017 bakal menjadi tahun yang bersejarah buat Nokia. Mereka berjaya membuat ‘comeback‘ serta mengumumkan kelahiran semula Nokia 3310. Telefon yang sudah boleh dianggap ‘legend‘ selepas 17 tahun sejak pertama kali diumumkan.

Melihat daripada spesifikasi yang disertakan, jelas Nokia 3310 bukanlah lawan buat smartphone terkini. Membandingkan soal harganya juga sudah beza. Dalam pada itu, apa yang menarik perhatian saya adalah strategi Nokia dalam mengumumkan Nokia 3310.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pelbagai ura-ura sebelumnya sudah cukup untuk membuatkan orang ramai tertanya-tanya bagaimana rupa sebenar Nokia 3310 yang bakal dilancarkan. Malah, selepas beberapa jam sahaja selepas pelancaran pelbagai media sudah mula memaparkan berita pelancaran Nokia 3310 yang boleh dianggap ‘trending‘ sepanjang kelmarin.

Tidak seperti smartphone lain yang dilancarkan, berita ini bukan sahaja mengujakan peminat telefon pintar malah hampir majoriti pengguna khususnya yang pernah melalui zaman kegemilangan Nokia suatu masa dahulu. Jarang sekali untuk kita lihat telefon ‘bukan pintar’ berjaya mendapat perhatian orang ramai dan setakat ini cuma Nokia 3310 mampu melakukannya.

Pelancaran Nokia 3310 dilihat sebagai cara untuk Nokia menghargai para pengguna yang terus menyokong jenama ini. Meskipun telefon ini mungkin tidak akan terjual sebanyak 126 juta unit seperti model sebelumnya, Nokia 3310 keluaran 2017 ini sudah boleh dianggap berjaya dari segi pemasaran dan jenamanya.

Pelancaran semula Nokia 3310 ini secara tidak langsung merupakan langkah terbaik daripada Nokia untuk mengumumkan kepada orang ramai bahawa mereka sudah kembali di dalam industri. Cukup sekadar melancarkan telefon dibawah RM300 tanpa perlu berbelanja besar untuk pemasaran berikutan jenamanya yang sudah cukup kukuh dan dipercayai ramai. Good job Nokia!

Nokia pada masa yang sama sedang mengusahakan sebuah smartphone flagship Android dengan spesifikasi terkini untuk mencabar smartphone keluaran Apple dan Samsung yang sudah lama menjadi pilihan orang ramai. Soalnya, mampukah Nokia mengatasi penjualan dua jenama hebat ini?