Guns N’ Roses,kumpulan legenda yang tidak diperkenalkan lagi. Lagu-lagu mereka seperti November Rain, Don’t Cry, Paradise City dan banyak lagi masih hit sehingga kini. Paling tidak pun pasti anda pernah dengan lagu Sweet Child O Mine, antara lagu terbaik dalam sejarah rock n’ roll.

Peminat Guns N’ Roses, ini adalah peluang ‘lifetime’ anda untuk menyaksikan kumpulan legenda ini beraksi di Malaysia. Guns N’ Roses sekali lagi kembali ke Malaysia tetapi kali ini berbeza kerana line-up asal mereka yang akan menghiburkan anda! Not In This Lifetime Tour Live In Malaysia ini dibawakan oleh GCOX dan dianjurkan oleh Galaxy.

https://www.youtube.com/watch?v=yxj2OH-Ncnk

Ini bukanlah kali pertama Guns N’ Roses (GNR) membuat persembahan di Malaysia. GNR pernah menghiburkan penduduk Malaysia di Sepang pada tahun 2013 yang lalu. Tetapi pada ketika ini, hanya penyanyi asal AXL Rose sahaja merupakan ahli asal GNR yang membuat persembahan.

Slash pula datang lebih awal daripada GNR ke Malaysia dan membuat persembahan di Sunway Lagoon Kuala Lumpur. Ketika kedatangan Slash, Myles Kennedy dari kumpulan Alter Bridge bertindak sebagai penyanyi utama Slash tetapi menyanyikan lagu-lagu hit GNR.

Jika pada tahun 2013 mereka datang tanpa gitaris legenda Slash, untuk jelajah terbaru ini, original line up Guns N’ Roses iaitu Axl Rose, Slash dan Duff McKagan akan sama-sama menghiburkan peminat setia mereka. Peminat GNR pasti tahu perselisihan faham antara Axl Rose dan Slash yang berkurun lamanya telah berakhir sekitar tahun 2015 dan Slash kembali menyertai GNR.

https://www.youtube.com/watch?v=XgmiBsthqYg

Tahukah anda kali terakhir line up ini beraksi bersama adalah pada tahun 1993 untuk tour Use Of Illusions? 25 tahun kemudian, barulah peminat setia mereka dapat melihat kembali Slash dan AXL Rose di atas satu pentas! Not In This Lifetime Tour sudah berlangsung di 158 lokasi di seluruh dunia dan antara tour paling panjang yang pernah dibuat GNR.

Buat peminat yang masih belum membeli tiket, kami ada berita gembira sekiranya anda mahu ke konsert GNR Not In This Lifetime Tour ini. Bermula 10 September depan, anda akan dapat potongan harga sebanyak 15% untuk setiap kategori (kecuali VVIP)! Jadi guna kod di bawah untuk anda menebus 15% diskaun untuk setiap tiket yang anda mahukan. Tiket boleh terus dibeli di buytickets.com.my.

GNR_Vocket_20x30in

https://www.youtube.com/watch?v=SuC_bj23iYE&feature=youtu.be

Promo ini akan berlangsung sehingga 23 September 2018 dan jangan lepaskan peluang keemasan ini. Dengan setiap ahli kumpulan sudah berusia 50an, tour ini mungkin tour terakhir mereka sebelum mereka gantung gitar dan mic. Tidak perlu fikir lagi, mari kita sama-sama rock n roll November nanti!