Komik manga merupakan kebanggaan rakyat Jepun. Sebut sahaja tajuk Dragon Ball, Naruto, One Piece, One Punch Man atau My Hero Academia. Pasti ada peminatnya di serata dunia.

Menurut perkongsian Faizal Ismail yang ke Jepun baru-baru ini, beliau berkata peminat manga tetap akan membeli karya manga yang mereka suka walaupun sebenarnya mereka boleh sahaja baca secara atas talian manga tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rupanya ada sebab mengapa mereka berbuat demikian. Dengan membeli komik, secara tidak langsung para peminat memberi sokongan kepada pelukis komik untuk terus berkarya dan menghasilkan karya yang lebih baik untuk mereka baca di masa akan datang.

Dengan sokongan, barulah akan muncul lebih ramai pelukis komik baharu dengan idea yang lebih unik. Bagi mereka, biarlah pelukis komik itu kaya-raya dengan hasil yang mereka terima. Paling penting, kualiti komik yang bakal mereka baca di masa akan datang akan lebih berkualiti dan lain daripada yang lain.

Jawapan tersebut diucapkan sendiri oleh orang Jepun yang menjadi pengendali Faizal ketika ke Jepun baru-baru ini. Faizal ke Jepun atas urusan kursus yang dianjurkan oleh Japan Patent Office (JPO). Pegawai berkenaan boleh dikatakan seorang ‘otaku’ dan baginya, inilah salah satu cara beliau menyokong karya komik kegemarannya. Salah satu cara lain adalah dengan menyewa manga di kafe manga khas.

“Pemikiran mereka lain. Komik digital di Jepun memang sangat popular. Tetapi mereka beli, bukan download secara illegal. Semuanya pasti berbayar,” tambah Faizal.

Sikap inilah yang perlu dicontohi ramai. Tanpa sokongan, tidak mungkin sesuatu karya hebat dapat dihasilkan. Jadi, sokonglah artis atau karya kegemaran anda menerusi saluran yang betul.

BACA: Inilah Realiti Kejam Disebalik Industri Anime Di Jepun