Sekiranya anda merupakan pengguna servis perbankan CIMB, kami yakin anda mungkin mengetahui mengenai servis DuitNow yang sering diiklankan melalui SMS yang diterima. Servis yang dibuat ini turut tular di media sosial yang mengatakan CIMB telah ‘melanggar’ perjanjian dengan sengaja ‘menjual’ nombor kepada pihak ketiga iaitu DuitNow.

Isu ini secara tidak langsung telah membuatkan orang ramai lebih skeptik dan fobia dengan perbankan CIMB yang mungkin terdedah scam sekaligus membuat laporan kepada SKMM.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melihat kepada isu ini yang kian menular, salah seorang pengguna Facebook iaitu Nik Faris Haikal turut berkongsi pandangan beliau mengenai CIMB serta servis DuitNow yang dijalankan ketika ini.

duitnow-paynet-805×502

Menurut beliau mereka yang membuat laporan di SKMM ini tidak membaca terlebih dahulu syarat-syarat yang dinyatakan CIMB sebelum mendaftar. Menurut FAQ yang dikeluarkan CIMB, syarikat perbankan ini telahpun mengumumkan kerjasama mereka bersama servis DuitNow yang bakal dipromosikan dalam platform SMS.

Tujuan SMS yang dihantar ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada orang ramai dimana para pengguna CIMB tidak lagi perlu mendaftar servis DuitNow kerana para pengguna bakal didaftarkan secara terus. Segala maklumat yang diterima servis DuitNow turut dinyatakan adalah daripada pendaftaran CIMB.

Untuk pengetahuan semua, DuitNow merupakan serbuah servis yang dikendalikan oleh syarikat Payments Network Malaysia Sdn Bhd. Syarikat ini turut menguruskan servis-servis DirectDebit, FPX, Interbank GIRO, JomPAY dan MyDebit.

43201658_989405501262696_6361042209726267392_o
Antara servis lain yang turut menggunakan servis DuitNow

Servis-servis ni semuanya selamat dan telah lama digunakan oleh bank-bank lain secara tidak langsung membuktikan servis DuitNow sememangnya selamat. Malah, servis seperti ini turut digunakan oleh beberapa bank begara lain seperti Amerika Syarikat, New Zealand dan Australia.

Berdasarkan perkongsian penulis, sepanjang beliau menggunakan servis seakan DuitNow semuanya selamat-selamat belaka dan tidak mempunyai masalah. Inisiatif yang dibuat ini sekaligus membuktikan Bank Negara Malaysia cakna dengan arus permodenan perbankan.

Diharap masalah ini tidak lagi menjadi masalah buat pengguna CIMB sekaligus mengelakkan daripada para netizen panik serta menyalahkan pihak bank.