Baru-baru ini telah kecoh di media sosial apabila mercu tanda pada bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dirobohkan. Terdapat banyak spekulasi yang dibuat dan ada yang mengaitkan ia dengan unsur politik.

Akan tetapi, replika tersebut yang sudah hampir 20 tahun menjadi identiti dan mercu tanda bangunan DBP akan dirobohkan atas faktor keselamatan. Isu ini telah mendapat perhatian netizen dan pastinya ada yang inginkan bukti bahawa replika tersebut telah uzur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/khairulryezal/status/1159425230458146816

Berikutan itu, seorang pengguna Twitter Amirul Radzi telah berkongsi gambar keadaan sebenar struktur buku rehal di atas bangunan itu selepas dirinya melakukan ‘inspection’ baru-baru ini.

Jika kita lihat menerusi perkongsian gambar oleh Amirul, kita dapat lihat keadaan replika tersebut yang uzur dan pastinya akan mendatangkan bahaya kepada orang ramai kelak. Bayangkan jika tiada sebarang tindakan sekarang dan tiba-tiba replika tersebut runtuh, lalu mencederakan ramai orang?

https://twitter.com/AmirulRazdi/status/1159529976003100672

https://twitter.com/AmirulRazdi/status/1159676669960970240

Malah, Amirul juga mengatakan bahwa pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) pernah meletakkan tension cable supaya struktur bangunan tersebut bertahan namun keadaan cable tersebut telah menjadi tegang dan bahaya. Langkah yang terbaik supaya tidak wujudnya sebarang kejadian yang tidak diingini ialah membuangkan kesemua mercu tanda itu.

Diharap netizen tidak lagi akan mempolitikkan perkara ini kerana replika tersebut akan dirobohkan atas faktor keselamatan dan bukannya faktor kepentingan mana-mana pihak yang lain.