Kalau anda perhatikan, gaya hiasan dalaman ala Scandinavian sedang menjadi kegilaan di Malaysia. Gaya Scandinavian pada mulanya terkenal di negara-negara Scandinavia (Sweden, Denmark & Norway) ketika era 50an. Namun, awal dekad ini ia dilihat mula menjadi popular di kalangan anak muda yang baru memiliki atau menyewa rumah pertama.

Ringkas, sederhana dan minimalis, duduk oleh EcoWorld kini menyediakan unit rumah bertemakan Scandinavian hasil rekaan pereka dalaman profesional Malaysia serta lengkap dengan aksesori rumah.

Screenshot-2020-08-25-at-6.31.50-PM

Direka bentuk untuk Volvo Cars & Aurizn EcoDesign Challenge bersama duduk oleh EcoWorld. Kredit kepada ORB Group Sdn Bhd

Mengambil inspirasi konsep Scandinavian, duduk dengan kolaborasi bersama Volvo Cars dan Aurizn, menawarkan peluang untuk pereka dalaman merealisasikan konsep ini ke dalam rumah sebenar yang bakal dimiliki oleh rakyat Malaysia nanti dengan menganjurkan Volvo Cars & Aurizn EcoDesign Challenge.

Kalau anda mahu tahu, pertandingan unik ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pereka dalaman tanahair mempamerkan kemahiran dan kreativiti mereka, di samping mewujudkan rumah sebenar dengan konsep Scandinavian yang menjadi idaman setiap pemilik rumah.

Mahukan kediaman serba lengkap gaya Scandinavian? Sebelum tu, jom ikuti tips ni dulu…

1. Mulakan dengan pemilihan warna putih atau neutral

Bagi tema Scandinavian, dinding berona putih, kelabu lembut dan warna-warna natural kebiasaannya memang warna yang sesuai kerana warna sebegini akan menjadikan ruang yang sempit kelihatan luas.

Screenshot-2020-08-25-at-6.32.31-PM

Direka bentuk untuk Volvo Cars & Aurizn EcoDesign Challenge Bersama duduk oleh EcoWorld. Kredit kepada Studio BEVD Sdn Bhd.

Warna-warna ini juga adalah selamat dan memang tepat dengan tema Scandinavian.

2. Gunakan elemen semulajadi

Sumber alam semula jadi memang merupakan elemen penting dalam reka bentuk Skandinavian. Tidak kisah sama ada perabot, dinding atau lantai kayu, kesemua ini dapat mencipta suasana yang terang dan clean finished. 

Screenshot-2020-08-25-at-6.33.01-PM

Direka bentuk untuk Volvo Cars & Aurizn EcoDesign Challenge bersama duduk oleh EcoWorld. Kredit kepada ForFar Design Sdn Bhd

Jika anda mahu beli perabot berasaskan kayu, pilihlah jenis kayu yang ringan seperti beech, ash dan pine serta pastikan butiran kayu semula jadi dapat dilihat.

3. Yang paling penting, less is more!

Kenapa kami kata konsep less is more sangat penting semasa anda membuat hiasan? Kalau anda perhatikan, tema Scandinavian mengfokuskan kepada kesederhanaan dan tidak berlebihan dalam pemilihan perabot ataupun hiasan dalaman.

Screenshot-2020-08-25-at-6.33.32-PM

Direka bentuk untuk Volvo Cars & Aurizn EcoDesign Challenge Bersama duduk oleh EcoWorld. Kredit kepada Kort Studio Ent.

Jadi, semasa memilih perabot atau hiasan, pastikan anda pilih rekaan yang cantik, unik tetapi tidak sarat.

4. Elemen tambahan untuk mewujudkan ruang yang selesa

Selain sederhana dan lapang,  ruang yang tampak selesa dan menarik juga memainkan peranan dalam reka bentuk Skandinavian.

Screenshot-2020-08-25-at-6.34.14-PM

Direka bentuk untuk Volvo Cars & Aurizn EcoDesign Challenge bersama duduk oleh EcoWorld. Kredit kepada IQI Concept Sdn Bhd.

Anda juga boleh tambahkan beberapa aksesori seperti bantal, permaidani berbulu, dan selimut di seluruh ruang, tetapi tidak berlebihan untuk mewujudkan suasana yang tenang dan mendamaikan.

Rekaan dari 6 pemenang terpilih akhirnya menjadi realiti dan anda boleh miliki unit duduk yang sudah siap direka bentuk

Ini adalah antara rekaan pemenang-pemenang Volvo Cars & Aurizn EcoDesign Challenge Bersama duduk oleh EcoWorld:

2f99

Direka bentuk oleh A&A Concept Design & Contract Sdn Bhd

3fa4

Direka bentuk oleh IQI Concept Sdn Bhd

2cd5

Direka bentuk oleh Studio BEVD Sdn Bhd

66ce

Direka bentuk oleh Orb Group Sdn Bhd

e0c9

Direka bentuk oleh Kort Studio Sdn Bhd

390b

Direka bentuk oleh ForFar Design Sdn Bhd

Apa yang lebih menguntungkan, pembeli juga boleh membuat pilihan untuk membeli unik duduk yang serba lengkap dengan rekaan dalaman Scandinavian, kelengkapan serta aksesori rumah.

duduk, sebuah konsep pembangunan vertikal yang mengujakan di Se.Ruang D’ Eco Sanctuary dan Huni D’ Eco Ardence terletak di dua lokasi strategik iaitu Eco Sanctuary yang terletak di belah selatan Kota Kemuning dan Eco Ardence di Setia Alam.

Se.Ruang D’ Eco Sanctuary dan Huni D’ Eco Ardence adalah kawasan perbandaran yang dikelilingi dengan kemudahan seperti sekolah, pusat membeli belah, kedai runcit, taman, bank, hospital dan pelbagai kemudahan lain, menjadikan kedua-duanya tempat yang ideal untuk anda duduki.

Setiap unit juga menawarkan susun atur yang luas dengan binaan seluas 1.000 kaki persegi. Mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air serta reka bentuk yang praktikal, unit ini memang sangat sesuai buat golongan milenial, pasangan baru berkahwin dan juga keluarga kecil.

Screenshot-2020-06-09-at-3.20.58-PM

Bukan itu sahaja, setiap unit juga dilengkapi dengan pelbagai barangan asas rumah pintar seperti Google Home Mini, Aqara Gateway, Vacuum Robot, IR Blaster dan Smart Switch.

Selain itu, setiap unit akan diberikan dua tempat letak kereta, sesuai untuk keluarga yang ada lebih dari satu kereta.

Selain itu, Se.Ruang D’ Eco Sanctuary dan Huni D’ Eco Ardence turut menyediakan fasiliti seperti kolam renang, gimnasium dan dewan serbaguna untuk kemudahan seisi keluarga.

Tunggu apa lagi, jom dapatkan rumah impian anda hari ini

Jangan tunggu lama-lama dan jom ke unit pameran hari ini juga untuk melihat unit kediaman duduk dengan reka bentuk Scandinavian yang bakal menjadi milik korang.

Jika anda berminat dan mahu dapatkan informasi lanjut, daftarlah sekarang di laman web duduk atau layari Facebook duduk.