Ketika kami membuat review untuk peranti Samsung Note10, kami bersetuju peranti ini mempunyai segala yang anda idamkan dalam sebuah smartphone. Apa yang anda cari dalam sebuah peranti; bateri yang tahan lama, kamera yang buat anda jadi seperti seorang profesional, kebolehan untuk multi task dan editing on the go semuanya terdapat pada peranti Samsung Note10.

Mungkin anda tidak berapa aware lagi dengan inovasi terkini yang terdapat pada peranti Samsung terutamanya Note10. Jadi kami kongsi lagi sebab untuk menyakinkan anda mengapa Note10 adalah peranti terbaik untuk anda ketika ini.

1. Samsung DeX

Terlupa bawa laptop atau thumb drive penting untuk pitch besar anda? Ianya bukan masalah lagi dengan adanya DeX. Hanya sambungkan peranti Galaxy anda ke monitor atau TV untuk memaparkan slide pembentangan anda. Mudah dan sangat membantu di saat-saat getir.

2. All Day Battery

Sampai bila mahu bergantung dan usung power bank ke mana sahaja anda pergi? Dengan Note10, anda boleh tinggalkan sahaja power bank anda di rumah kerana kapasiti baterinya yang besar, 4,300mAh (Note10 Plus) dan 3,500mAh (Note10) sudah cukup untuk kuasakan peranti anda sehingga malam.

3. Samsung Knox

takut data peribadi anda tertiris di media sosial? Jangan risau. Knox ada. Knox merupakan perlindungan tambahan yang disediakan oleh Samsung yang dapat mengasingkan antara data peribadi serta bisnes anda. Jadi, anda boleh set mahu gunakan data yang mana untuk setiap aplikasi yang anda mahu guna.

4. Samsung video Editor

Mahu buat video secara on the go? Segalanya mampu dengan Note10. Editing video anda juga lebih mudah dengan adanya S-Pen. Native video editor yang terdapat pada Samsung Note10 juga sangat mudah untuk digunakan. Cuma perlukan kreativiti anda sahaja untuk hasilkan video menarik!

Sempena menyambut kempen #iChanged, Samsung akan hadir dengan promosi hebat yang pastinya menarik untuk anda. Bermula 17 Oktober sehingga 16 November 2019, tawaran Power Of 10 akan menawarkan:

– Galaxy Fit bernilai RM369 secara percuma untuk setiap pembelian Galaxy S10/S10+ atau Galaxy Note 10/Note10+ (Tertakluk terma dan syarat).

Trade in peranti lama anda setinggi RM3,200! Anda hanya perlu membawa peranti lama anda ke mana-mana outlet terpilih untuk proses validasi mudah. Anda hanya perlu menambah wang untuk membeli Galaxy S10 atau Galaxy Note10. Mudah bukan?

Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen ini, anda boleh klik di sini. Jom #iChanged sekarang!