Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Adakah anda mengalami situasi di mana anda merasakan cuaca ketika ini terlalu panas? Kami yakin ramai daripada anda yang berada di Semenanjung Malaysia sedang mengalami situasi yang sama.

Berdasarkan laporan daripada Berita Harian, Fredolin Tagang, pakar cuaca dan laut menerangkan mengapa Semenanjung Malaysia kini sedang mengalami cuaca yang panas ketika ini.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Sumber: Mashable

Difahamkan cuaca panas yang berlaku ketika ini adalah disebabkan Taufan Lan. Fenomena taufan ini telah membuatkan angin beralih ke arah Sabah dan Sarawak sekaligus membuatkan peningkatan suhu di Semenanjung Malaysia.

Buat anda yang tidak sabar menantikan bilakah masanya bahang panas ini akan berakhir? Anda mungkin perlu menunggu sehingga minggu depan atau akhir bulan ini sebelum semuanya menjadi stabil seperti sedia kala.

Anda juga dinasihatkan untuk memperbanyakkan meminum air bagi memastikan anda sentiasa terhidrat seterusnya mengelakkan daripada masalah letih dan lesu.

Baca lagi: Lelaki Ini Dedahkan Punca Bil Elektrik Naik Mendadak Ketika El Nino