Minggu lepas penumpang Wow Air, sebuah syarikat penerbangan tambang murah Iceland dikejutkan dengan penutupan operasi dan membatalkan sejumlah penerbangan serta-merta. Pembatalan ini telah menyebabkan ribuan penumpang yang sudah menempah tiket penerbangan terkandas di saat akhir.

Syarikat penerbangan yang mula beroperasi pada tahun 2012 dengan pesawat berwarna unggu tersebut menawarkan penerbangan laluan Amerika Syarikat-Eropah dengan harga serendah $49 (RM199) sehala.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif syarikat ini, Skuli Mogensen berkata, prestasi syarikat berkenaan berada pada tahap yang sangat baik setakat tahun 2017 namun mula mengalami masalah pada tahun 2018.

Kerugian besar mula dicatatkan pada 9 bulan pertama tahun 2018 iaitu sebanyak $33.6 juta berbanding $13.5 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya. Kerugian dicatatkan apabila berlaku kegagalan dalam usaha penggabungan Wow Air dengan Icelandair. Kerugian berlipat kali ganda apabila syarikat itu kemudian terpaksa membuang sebanyak 111 pekerja dan pengurangan jumlah pesawat dari 20 buah kepada 11 buah sahaja.

30035429896_f39a912fab_b

review-wow-air-business-class-san-fransisco-reykjavik

Beliau turut mengakui kesilapan dalam membuat keputusan untuk menggunakan kapal terbang model wide-body Airbus A330-300 yang bercanggah dengan prinsip tambang murah syarikatnya. Umum mengetahui kos penyelenggaraan dan penerbangan model wide-body Airbus A330 bukanlah murah seperti kapal terbang arrow-body Airbus A320.

Tambahnya lagi, keputusan tersebut membuatkan keadaan bertambah buruk. Beliau percaya untuk menguruskan sebuah syarikat tambang murah, pihak pengurusan perlulah bijak mengekalkan struktur mudah dan teratur kerana satu keputusan yang salah akan menjejaskan keseluruhan pengurusan organisasi.