Nota Editor: Nota motivasi ini ditulis oleh Abang Ensem, seorang pelabur hartanah yang terkenal dengan gaya beliau yang unik. Semoga nota ini membantu anda membuat pertimbangan dalam menghadapi hari-hari yang semakin mencabar ini.


Gambar hiasan.

Motivasi Hartanah‬

1. Awal 2000, semasa bekerja di sebuah bank aku telah berkenalan dengan seorang usahawan kereta terpakai berbangsa cina.

2. Pada mulanya, hubungan kami lebih kepada ‘banker-client’. Lama-kelamaan kami menjadi semakin akrab walaupun mempunyai jarak umur yang agak jauh.

3. Ketika itu, beliau bolehlah dianggap antara pengusaha kereta terpakai yang agak berjaya mempunyai pendapatan bulanan ‘selebat’ 6 angka. Malah, beliau juga antara pemilik versi awal ‘mata kacang’ yang digilai oleh penggemar kereta mewah ketika itu.

4. Langit tidak selalunya cerah. Melangkaui tahun 2004 kelembapan ekonomi berlaku. Perniagaan beliau merosot teruk ketika itu. Beliau datang menemui aku bersama buyer si ‘mata kacang’ yang baru dan pada masa yang sama membuat pinjaman untuk ‘Wira’ secondhand sebagai ganti.

5. Aku terkejut!!

6. Mana mungkin ada yang sanggup downgrade sehingga sebegitu. Lantas, aku ajukan kegusaran dan persoalan aku itu.

7. Jawab beliau, “Gua cuma mahu jaga gua punya cashflow. Tukar kereta tak apa. Bisnes sudah ok nanti, gua angkat la yang lagi besar TAPI jangan sesekali jual lu punya rumah. Sebab, lagi lama lu simpan, lagi tinggi lu punya cashflow“.

8. Aku hanya tersenyum kerana pada ketika itu kerana aku telah pun mempunyai 3 buah rumah ber‘cashflow’kan RM350 sebulan.

BACA: Anda Tidak Akan Sangka Nasihat Ini Datang Dari Seorang Kaya Berkereta Chevrolet Camaro

BACA Lagi: Rupanya Kerana Kecewa Dengan Ferrari, Lamborghini Cipta Kereta Sendiri

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram