Karbohidrat atau kanji merupakan sumber tenaga utama dalam badan. Tanpa kanji, kita akan cepat penat kerana kurang tenaga.

Orang yang menghidap diabetes sepatutnya tidak terlalu takut dengan kanji jika mereka tahu berapa banyak boleh ambil dalam sehari.

BeFunky-collage-10
HYPE
Ini Rahsia Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan Pilihan Terbaik Para Ibu
Baca lagi →
Khairul Azuan, Dietitian.

Khairul Azuan, Dietitian.

Pernah Dengar Pertukaran Karbohidrat?

Pertukaran Karbohidrat ni adalah jumlah makanan yang mewakili 15g karbohidrat.

Contoh 1 pertukaran (exchange) karbohidrat adalah seperti di bawah:

Nasi/ mihun/ kueyteow = 1/2 cawan kecil
Idli = 1 pc
Roti putih/ wholegrain/ wholemeal = 1 pc
Oat mentah = 3 sudu makan
Biskut cream cracker = 3 keping
Potato = 1 pc (~ 45g)
Susu tepung = 4 sudu

Epal/ oren/ pear/ kiwi/ belimbing = 1 pc sederhana
Pisang = 1 pc kecil
Duku/ langsat/ anggur = 8 pc
Durian = 2 ulas

Semua jumlah makanan di atas mewakili 1 Pertukaran (Exchange).

Berapa exchange saya boleh ambil sehari?

Kalau kalori requirement 1500kcal sehari ambil dalam 12 exchange.
Kalau kalori requirement 1800 kcal sehari ambil dalam 15 exchange.

Bahagikan Exchange tu LEBIH KURANG SAMA BANYAK PADA SETIAP WAKTU MAKAN.

Contoh makan 5x sehari untuk 1500kcal,

2 exchange (BF)
2 exchange (Morning tea)
3 exchange (Lunch)
2 exchange ( Afternoon Tea)
3 exchange (Dinner)

Total 12 Exchange.

Pembahagian exchange karbohidrat yang baik akan menentukan kawalan gula dalam darah yang bagus.

Tip-tip lain:

1. Pilih karbohidrat kompleks yang tinggi serat (basmati, wholegrain bread, oats dll).

2. Makan lengkap karbohidrat, protein dan sedikit fat untuk hidangan utama (makan pagi, tengahari dan malam).

3. Tingkatkan sayur-sayuran hijau (4 hidangan sehari).

4. Buah 2 kali sehari (wholefruit).

Itu sahaja dulu. Ada info tambahan nanti saya cerita lagi.

Jaga MEAL TIMING dan JAGA PORTION KARBOHIDRAT.

Share untuk kawan-kawan yang ada diabetes.

Artikel di atas disumbangkan oleh Mohd Khairul Azuan. Dietitian. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka