Sekarang ni kalau sebut sahaja pasal telefon bimbit dan segala aksesorinya, memang ramai sedia maklum teknologi memang bergerak dengan pantas. Kalau lambat sikit sahaja, pasti ketinggalan. Walaubagaimanapun, teknologi ni penting sebenarnya. Sibuk macam mana pun kita, sekurangnya pastikan kita ikut perkembangan semasa ya!

Sebab tu kali ni kami ingin kongsikan dengan anda tentang kejutan terbaharu daripada Huawei. Pastinya hari ni anda sudah terkejut dengan kemunculan Huawei P30 Series secara rasmi di Malaysia, sekarang kejutan lain pulak. Tahun 2019 ini boleh kami katakan tahun Huawei mendominasi sebab segala keluaran terbaru daripada jenama Huawei ni luar biasa weh!

Screenshot 2019-10-30 at 11.50.31 PM
HYPE
Shuk Kongsi Pengalaman Seram Dan Mengejutkan Ternampak ‘Entiti’ Di Set Penggambaran
Baca lagi →
Huawei, tak pernah mengecewakan!

Sebelum ini, Huawei hadir dengan telefon pintar Huawei P30 dan P30 Pro yang mempunyai salah satu perbezaan yang agak ketara iaitu pengecasan tanpa wayar. Buat anda yang belum tahu, Huawei P30 Pro mempunyai keupayaan untuk mengecas tanpa menggunakan wayar, manakala Huawei P30 pula tidak memiliki ciri tersebut. Tak best lah kan?

1-671×308

Jadi, kali ini mereka nampaknya cuba merapatkan jurang antara kedua telefon pintar ini dengan memperkenalkan satu alternatif hampir serupa iaitu dengan meletakkan ciri tersebut pada peranti Huawei P30 jugak. Dalam erti kata lain, Huawei dah keluarkan satu sarung telefon khas yang istimewa untuk Huawei P30! Awesome bukan?

61-671×286

Paling menarik, smartphone case ni membolehkan telefon pintar dicas menggunakan dermaga pengecas secara terus. Dalam erti kata lain, anda sebagai pengguna tak perlu lagi susah-susah menyambungkan kabel pada sambungan port. Letak sahaja terus siap!

Ciri keselamatan sentiasa diutamakan!

Salah satu sebab kami sangat suka dengan jenama Huawei ini kerana produk Huawei sentiasa mengutamakan ciri keselamatan dalam rekaan mereka. Bagi sarung telefon pengecas tanpa wayar ini, Huawei memastikan proses pengisian semula tanpa wayar lebih cepat dan selamat dengan sijil keselamatan TÜV Rheinland dan pensijilan QI.

Design pun WOW!

dfwc-2

Selain kelebihan boleh mengecas telefon tanpa wayar, kami tertarik juga dengan rekaan sarung telefon ini yang memang cun. Ia menampilkan design rongga-rongga kecil di seluruh bahagian sarung telefon tersebut. Reka bentuk sarung berlubang ini membuatkan tekstur sarung telefon tidak licin untuk cengkaman yang lebih baik.

25

Sarung yang dinamakan Wireless Charging Case ini didatangkan dengan dua pilihan warna, oren dan hijau tau. Warna nampak eksklusif dan kena dengan kecanggihan teknologinya. Kalau anda perasan juga ada logo petir atau macam kilat kecil dekat tengah-tengah sarung untuk higlight ciri menarik sarung telefon ini.

huawei-p30-wireless-case-2

Pada bahagian bawah pula, ada magnet untuk memudahkan anda meletakkan telefon bimbit dengan lebih selamat dan mudah di dok kereta. Paling penting anda kena tahu, sarung telefon serba canggih ini menyokong pengecasan tanpa wayar Qi dengan kuasa mengecas mencapai 10W dan ini bermakna ia sedikit rendah berbanding Huawei P30 Pro yang menyokong teknologi 15W.

Walaubagaimanapun, buat masa ini harga dan stok yang tersedia untuk Huawei P30 Wireless Charging Case ni belum diumumkan sepenuhnya. Sama-sama kita nantikan kemunculannya.

Anda Mungkin Suka