Belum sempat sebulan Sukan Olimpik Tokyo 2020 melabuhkan tirai, nampaknya isu mengenai kualiti pingat sudah mulai kedengaran. Isu ini mulai dibangkitkan oleh seorang atlet China yang memenangi pingat emas pada sukan penuh berprestij tersebut.

Menerusi perkongsian Zhu Xueying selaku gimnas dari China, beliau dilihat berkongsi beberapa gambar yang menunjukkan kualiti pingat emas yang dimenangi di mana saduran emas pada pingat tersebut sudah mulai terhakis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Atlet Gimnastik China
Sumber: Weibo

Isu ini nyata mendapat perhatian Jawatankuasa Olimpik Tokyo yang memaklumkan pingat tersebut mungkin mengalami kecacatan pada bahagian pelindung. Malah, pihak mereka juga turut mendakwa sekiranya lapisan tersebut ditanggalkan, kualiti pingat masih lagi tidak terjejas.

Isu yang tular ini walau bagaimanapun terpaksa dijelaskan Zhu Xueying di mana beliau mengakui tidak berniat memalukan pihak pengajur sebaliknya sekadar mahu bertanya sekiranya terdapat atlet lain yang turut mengalami masalah yang sama.

Atlet Gimnas China
Sumber: SCMP

Beliau yang pada mulanya berpendapat hanya terdapat sebuah kotoran kecil, mulai menggaru pingat tersebut dengan kukunya sehingga mendapati pingat beliau akhirnya mengelupas. Difahamkan isu ini bukan sahaja berlaku kepada Zhu Xueying, malah perenang Wang Shun dari China juga turut mengalami masalah yang sama.

Insiden yang berlaku nyata mengejutkan ramai kerana berpendapat Jepun sememangnya arif dalam menghasilkan barangan yang penuh berkualiti namun perkara sebaliknya berlaku pada atlet China ini.

Sehubungan dengan isu yang berlaku, para netizen China berpendapat pihak bertanggungjawab di Jepun perlu menawarkan pingat emas baharu buat atlet ini. Tidak kurang juga berpendapat pingat daripada emas tulen antara yang diperlukan bagi menggantikan pingat Zhu Xueying yang mengalami masalah mengelupas.

Tular pada awal bulan lalu apabila warga Israel ini dengan bangganya memerli kedudukan Malaysia dalam Sukan Olimpik 2020 serta membandingkannya dengan Israel.

‘Where Is Malaysia?’- Warga Israel Ini ‘Perli’ Kedudukan Malaysia Dalam Sukan Olimpik 2020

Sumber