Anda yang suka travel ke tempat-tempat unik dan jarang dikunjungi patut masukan Pulau Tavolara ke dalam senarai wajib dilawati. Sebabnya? Ia diperitah oleh kerjaan terkecil di dunia.

Pulau Tavolara terletak berhampiran Pantai Sardinia, Itali. Ia merupakan sebuah pulau terasing. Untuk sampai ke sini, anda perlu menyeberangi laut serta mendaki gunung setinggi lima kilometer. Apa yang membuatkan saya tertarik, keluasan Pulau Tavolara hanyalah lima kilometer persegi dengan jumlah penduduk yang hanya 11 orang sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada asalnya, pulau kecil ini dihuni oleh keluarga Giuseppe Bertoleoni pada tahun 1807 bersama dua isteri dan anak-anaknya. Ketika itu tujuan beliau menjadi penghuni di sini adalah kerana mahu lari dari kos kehidupan yang tinggi setelah berpoligami (beristeri dua). Sejak itu, keseluruhan keturunannya tinggal di sini selama 200 tahun.

1

Ketika tahun 1836, Giuseppe Bertoleni mengisytihar dirinya sebagai Raja di Tavolara, namun pangkat buatan tersebut tidak kekal lama setelah wilyah ini menjadi hak milik Itali pada tahun 1934. Kemudian, pada tahun 1962 NATO mendirikan tembok di bahagian timur pulau sampaikan warganya dilarang dari memasuki separuh daripada kawasan pulau tersebut.

Sekarang ini, keturunan Bertoleni hanya memiliki 50 hektar pulau sahaja. Meskipun begitu, mereka tetap berkeras untuk mendapatkan pengakuan secara rasmi sebagai kerjaan terkecil di dunia dan masih berperang dan mempertahankan pulau tersebut.

2

Tavolara dipimpin oleh Antonio Berteleoni, atau juga dipanggil Tonino yang juga merangkap sebagai nelayan dan satu-satunya pemilik restoran di sana. Jika secara rasmi beliau memang benar seorang raja, beliau mungkin satu-satunya raja paling bersederhana yang boleh anda temui.

Sumber