Iraq dan Kuwait, dua negara jiran yang bertelagah disebabkan satu perkara, iaitu minyak. Ketegangan antara dua negara arab ini mula meningkat sejak 18 Julai 1990 dengan Iraq menuduh Kuwait menceroboh wilayah mereka dan mencuri minyak di Rumaila.

Saddam Hussein, pemimpin Iraq ketika itu menuntut agar Kuwait membayar pampasan sebanyak $ 2.4 bilion. Dari isu minyak, membawa kepada tuntutan pampasan dan berkembang menjadi salah satu perselisihan paling rumit di sempadan kedua-dua negara.

Copy-of-WEB-KUWAIT-IRAQ-WAR-SAT-GALLERY22-1596106916359_1739f62c207_original-ratio
Gulf News
20200731-kuwait_173a4a1fd1f_original-ratio
Gulf News

Usaha Liga Arab dan Arab Saudi untuk menyelesaikan isu yang bermula sejak Kuwait merdeka pada 1961 menemui jalan buntu dan perbincangan yang sepatutnya berlangsung pada 1 Ogos ditangguhkan.

Namun lain pula yang terjadi pada 2 Ogos 1990. Tentera Iraq mula menyerang Kuwait pada pukul 2 pagi waktu tempatan dengan wilayah utara Kuwait menjadi sasaran. Sebuah berita yang disiarkan oleh Kuwait Radio memasang latar muzik patriotik dengan mesej seruan agar warga Kuwait bangkit mempertahankan negara mereka.

Copy-of-WEB-KUWAIT-IRAQ-WAR-SAT-GALLERY-1596106944536_1739f63301a_original-ratio
Gulf News
Copy-of-WEB-KUWAIT-IRAQ-WAR-SAT-GALLERY4-1596106934644_1739f630976_original-ratio
Gulf News

Pertembungan antara tentera Kuwait dan Iraq meletus di Bandar Kuwait. Kuwait dengan kekuatan sebanyak 16,000 orang tidak mampu untuk melawan tentera Iraq yang memiliki 100,000 tentera dengan 300 kereta kebal.

Pagi itu, ibu kota Kuwait tumbang dan Ketua Negara Kuwait Sheikh Jaber al-Ahmad Al-Sabah melarikan diri ke Arab Saudi. Manakala abangnya, Fahd, terbunuh ketika pasukan Iraq mula memasuki istana.

20200731-kuwait_173a4bb9527_original-ratio
Gulf News
Copy-of-WEB-KUWAIT-IRAQ-WAR-SAT-GALLERY33-1596106956253_1739f635dde_original-ratio
Gulf News

Di Baghdad, Iraq pula, radio rasmi milik kerajaan Saddam Hussein mengumumkan berakhirnya “rejim pengkhianat” yang dituduh sebagai kaki dan tangan kepada “Zionis Amerika” yang bertujuan untuk melemahkan pemulihan ekonomi Iraq.

Pencerobohan Iraq ke atas Kuwait telah dikutuk oleh masyarakat antarabangsa. Majlis Keselamatan PBB menuntut agar kerajaan Iraq menarik balik tentera mereka di Kuwait dengan segara dan pada 6 Ogos 1990, PBB mengenakan embargo terhadap ekonomi Iraq.

lightshot
Australia International Affairs
highway_of_death_iraq_4
Liberation News

Washington pula telah bertindak membekukan aset Iraq di Amerika Syarikat dan dua hari selepas PBB mengenakan embargo, Presiden George H.W. Bush mengumumkan bahawa dia akan menghantar tentera ke Arab Saudi.

Pada 29 November, Majlis Keselamatan PBB mengizinkan penggunaan “semua cara yang diperlukan” untuk memaksa Iraq keluar dari Kuwait jika ia tidak menarik tenteranya secara sukarela sebelum 15 Januari 1991. Baghdad menolak ultimatum ini.

M1A1-Abrams-battle-tanks-desert-US-1st-February-1991
Britannica
ba4ef170538bee2124019a1110427fe6
Vision Strike Coin

Pada 17 Januari, setelah inisiatif diplomatik yang gagal, Operasi Gurun Badai yang dipimpin AS dimulakan dengan peperangan berlaku di Iraq dan Kuwait. Pasukan tentera AS yang mempunyai kekuatan sebanyak 900,000 orang telah berjaya mencapai genjatan senjata hanya dalam 100 jam.

Pada 27 Februari, Bush mengumumkan pembebasan Kuwait ke atas Iraq. Saddam Hussein juga telah menerima semua resolusi PBB. Namun Kuwait tinggal sebagai negara yang musnah, dijarah dan lebih 700 telaga minyak telah dibakar oleh tentera Iraq.

Terdahulu, kami ada menulis tentang John Carpenter, seorang ejen dan pemenang Who Wants to Be a Millionaire. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kenali John Carpenter, Seorang Ejen Dan Pemenang Pertama ‘Who Wants to Be a Millionaire’

Kisah Ahmad Samerin, ‘Owner’ Kedai Basikal Yang Berjaya Memenangi RM1 Juta Pada Tahun 1991