Seorang ayah seringkali digambarkan sebagai insan yang bersifat tegas, dan garang, berlawanan dengan sifat ibu yang sering digambarkan seorang yang lemah-lembut, penyayang dan prihatin.

Secara dasarnya, itulah sifat yang berpatutan dimiliki oleh seorang yang bergelar ketua keluarga. Namun begitu, di sebalik perwatakan tegas dan garang, seorang ayah itu sebenarnya penuh dengan sifat mesra, mengambil berat dan kasih sayang terutama kepada keluarganya, lebih-lebih lagi demi anaknya. Mungkin inilah yang pernah kita semua terlepas pandang ketika kecil dahulu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seorang peluis dari Ukrine yang terkenal dengan panggilan Soosh melakar beberapa ilustrasi memperlihatkan watak seorang ayah bersama anak perempuannya yang sungguh mengharukan. Apa yang buat kami tersentuh ialah ketika zaman kanak-kanak, beliau tidak berkesempatan hidup bersama ayahnya. Jadi, lukisan ini dicipta sebagai pengubat rindu untuknya.

Lukisan ini bukan lukisan biasa, tetapi inilah lukisan teristimewa, sebuah lukisan yang digambarkan dengan penuh perasaan.

1. Seorang ayah tidak malu melakukan perkara-perkara yang mungkin sukar bagi seorang lelaki seperti menyikat rambut anaknya.

2. Sesibuk manapun seorang ayah, dia tetap mempunyai masa untuk anaknya.

3. Seorang ayah selalu sahaja mempunyai idea demi mengembirakan anaknya.

4. Seorang ayah akan sentiasa meluangkan waktu bersama anaknya meskipun ketika itu dia sedang sibuk

5. Seorang ayah sanggup melakukan apa sahaja untuk menghiburkan anaknya.

6. Ketika bersama ayah, perasaannya rasa seperti berada di puncak dunia.

7. Rindu akan hangatnya pelukan seorang ayah.

8. Seorang ayah sentiasa berada di sisi anaknya dan bersedia melindunginya dari sebarang ancaman.

9. Seorang ayah sanggup tidur di tempat yang lebih sempit demi keselesaan anaknya.

10. Berpisah dengan ayah adalah sesuatu yang menyedihkan walaupun hanya untuk beberapa hari sahaja.

Inilah yang cuba dibayangkan oleh pelukis jika dia berpeluang untuk hidup bersama ayahnya ketika kecil. Bila difikir semula, untung sesiapa yang masih berpeluang hidup bersama ayah. Siapa pun ayah anda, percayalah dia adalah seorang insan istimewa yang dihadiahkan untuk anda, tiada yang lain mampu menandinginya.

Seorang ayah juga merupakan hero paling kuat di hati anaknya, setuju?