Setibanya di Malaysia pada 2 Ogos lepas, atlet badminton negara, Lee Zii Jia menzahirkan rasa rindu mahu menikmati nasi lemak. Akan tetapi, hotel yang menjadi tempat kuarantinnya tidak menyediakan nasi lemak.

Lantaran itu, beliau berasa kecewa kerana nasi lemak tiada dalam menu pesanan dan memilih untuk memesan nasi kandar sebagai ganti. Perkara tersebut telah mendapat perhatian ramai dan segelintir netizen mahu menghantarkan nasi lemak kepada beliau.

Screenshot 2021-08-05 at 8.54.25 AM

Terbaharu, Lee Zii Jia telah berkongsi di Instastory dan TikTok miliknya semalam bahawa telah menerima 3 bungkus nasi lemak. Menurut beliau, dirinya tidak mengetahui siapa yang memesan nasi lemak itu.

Malah, Lee Zii Jia turut pening mahu menghabiskan nasi lemak tersebut dan akan cuba sedaya upaya untuk menghabiskan ia bagi menghargai usaha pemberi nasi lemak itu.

photo_2021-08-05_08-42-42

https://www.tiktok.com/@anxxry/video/6992414985812987163

Menjengah ke ruangan komen, dapat dilihat para netizen memuji Lee Zii Jia menghargai pemberi nasi lemak itu apabila mengatakan akan mencuba sehabis baik menghabiskan ia.

Malah, rata-rata netizen turut berasa terhibur dengan tingkah laku Lee Zii Jia. Pasti lepas ini ramai yang mahu belajar masak nasi lemak untuk berikan padanya.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel menarik di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Gambar Lama Dhabitah ‘Dipijak’ Ketika Latihan Kembali Tular, Netizen Luah Rasa Kagum

Gayakan Seragam ‘Sopan’ Di Sukan Olimpik, Gimnas Wanita Jerman Ini Curi Tumpuan Netizen

Terjatuh Ketika Bertanding, Atlet Belanda Ini Bangkit Menangi Acara Larian Di Olimpik 2020