Pelakon, Fezrul Khan akhirnya tampil menjelaskan kecaman orang ramai selepas video dia bersama anjing peliharaannya tular dan menjadi perbualan netizen sejak kebelakangan ini.

Menurut laporan, Fezrul memberitahu dia membela anjing untuk menjaga kebunnya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Bahkan, dia menyedari batas hukum membela anjing serta menjadikan kitab suci sebagai panduan menjawab persoalan netizen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://www.instagram.com/p/Ckg2HizPQfO/

Fezrul Khan atau nama sebenarnya Fezrul Khan Junaidi Khan berkata, oleh kerana terdapat banyak sudut pandangan yang berbeza, dia sentiasa merujuk kitab suci al-Quran sebagai panduan dalam setiap perkara yang dilakukannya.

Malah, Fezrul juga berpendapat orang ramai terlalu mudah menjatuhkan hukum agama dengan hanya menonton ceramah di kaca TV tanpa membuat kajian lanjut dan memahami kitab suci.

Baginya, jika dia sendiri tidak pasti dan tidak faham dengan sesuatu perkara selepas merujuk al-Quran, dia akan meminta nasihat dengan lebih lanjut kepada mana-mana ustaz.

Walau bagaimanapun, Fezrul menasihatkan orang ramai supaya mengikuti al-Quran sebagai panduan utama, daripada hanya bergantung kepada ceramah ustaz dan ustazah dan terus percaya.

Fezrul Khan turut memaklumka bahawa terdapat pelbagai mazhab di dunia ini, sebahagiannya diamalkan di Malaysia dan sebahagian lagi di negara lain.

Tambahnya lagi, jika orang bertanya kenapa ada anjing di Kaabah, askar akan menjawab tidak menjadi masalah untuk mempunyai anjing di situ.

Terdahulu, pelakon berusia 40 tahun ini berkongsi video dirinya di dalam rumah bersama anjing jenis K9 peliharaannya, juga dikenali sebagai anjing pengesan polis.