Anda masih ingat tak drama-drama ciptaan orang Asia yang pernah menjadi fenomena di Malaysia ini? Apabila sebut sahaja perkataan telenovela, pasti akan terlintas pelbagai drama yang pernah menjadi kegilaan ramai termasuklah Pangako Sa’yo dan Marimar.

Disebabkan sebelum ini kami telah ‘throwback’ filem seram Thailand yang wajib anda tonton, kali ini kami ingin ‘throwback’ pula drama telenovela yang pernah ditayangkan di TV3 suatu ketika dahulu yang tentunya akan menggamit kenangan ramai pihak.

1. Pangako Sa’yo

Siapa sahaja yang akan lupa pada drama “Pangako Sa’yo” (The Promise) ini? Walaupun drama “Pangako Sa’yo” telah mula diperkenalkan pada tahun 2000 dan telah lama ditamatkan iaitu pada tahun 2002, drama ini masih menjadi bualan orang ramai.

Sejak drama ini diperkenalkan, ia telah terbukti bahawa drama tersebut antara drama yang paling hangat di Malaysia. Gandingan hebat kedua pelakon tersebut, Jericho Rosales dan Kristine Hermosa di mana sewaktu drama tersebut ditayangkan, beliau baru sahaja mencecah usia 17 tahun. Jalan cerita yang penuh drama serta kisah percintaan telah menyebabkan penonton tak lekang dari kaca televisyen bagi mengikuti drama tersebut.

2. Be Careful With My Heart

Drama yang seterusnya ini merupakan drama yang paling popular di Malaysia, malah jika sebut sahaja tajuknya di khalayak ramai mesti umum tahu akan drama kenal. Drama yang berjudul “Be Careful With My Heart” telah dibintangi oleh Jodi Sta. Maria, Richard Yap, Janella Salvador, Jerome Ponce dan Mutya Orquia.

Drama ini telah mula ditayangkan pada tahun 2012 dan tamat penyiaran pada tahun 2014. Mengisahkan tentang seorang wanita bernama Maya yang berpindah ke kawasan bandar bagi mengejar cita-cita beliau untuk menjadi pramugari namun bagi menanggung kos pembelajaran dalam menyertai kru kabin dan perkhidmatan syarikat penerbangan, beliau telah bekerja sebagai pengasuh.

Suatu hari Maya telah keluar untuk mencari kerja namun beliau terlibat dengan kemalangan kecil. Pada ketika itu, Richard nampak Maya yang dalam kesusahan maka beliau menolongnya. Apabila beliau mendapat tahu Maya sedang mencari kerja, Richard telah menawarkan pekerjaan kepada Maya iaitu menjadi pengasuh di rumahnya itu.

3.The Legal Wife

Seterusnya, drama yang berjaya menambat hati rakyat Malaysia adalah “The Legal Wife”. Mesti anda tertanya-tanya cerita ini tentang apa bukan? Drama ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Monica. Pada awalnya, Monica sangat gembira dengan kehidupannya sehinggalah beliau mengetahui perkara yang sebenar. Pada usia 10 tahun, Monica telah mendapat tahu bahawa lelaki yang beliau kenali sebagai ‘ayah’ hanyalah kekasih ibunya.

Terdahulu sewaktu ibunya sedang sarat mengandungkan Monica, ibunya telah melarikan diri kerana menganggap perkahwinan bersama suaminya tidak membawa sebarang kebahagiaan jadi beliau telah larikan diri dan tinggalkan suaminya itu. Namun setelah beberapa tahun, Monica dan ibunya terpaksa berjumpa dengan keluarga sebenarnya.

Pada suatu hari, Monica terjumpa seorang jejaka yang bernama Adrian. Mereka berdua telah jatuh cinta walaubagaimanapun hubungan tersebut telah ditentang oleh ramai orang termasuklah ayah kandungnya. Jika anda hendak tahu sejauh mana Monica akan memperjuangkan haknya dan adakah beliau akan bersama dengan Adrian? Anda mestilah tonton drama ini.

4. Forevermore

Bagi sesiapa yang ingin layan cerita romantik, kami cadangkan drama berjudul “Forevermore” ini. Drama ini mula ditayangkan pada tahun 2014 dan tamat pada tahun 2015.

Dibintangi oleh Liza Soberano dan Enrique Gil, drama “Forevermore” ini telah dirakam di ladang strawberi di Benguet. Menceritakan tentang seorang jejaka tampan yang bernama Xander iaitu pewaris bagi sebuah Hotel yang sombong serta mempunyai perangai yang sukar untuk diubah.

Berbeza dengan Agnes iaitu seorang gadis yang rajin dan kuat. Lama kelamaan, mereka telah jatuh cinta namun mereka diuji apabila hubungan mereka ditentang dan mereka terjerat dengan perselisihan tanah ladang strawberi antara kelaurga mereka.

5. Pure Love

Drama yang seterusnya merupakan antara drama Filipina yang paling terkenal. Drama tersebut mula ditayangkan pada tahun 2014 dan dibintangi oleh Alex Gonzaga, Yen Santos dan Joseph Marco sebagai pelakon utama drama tersebut.

Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Diane yang mempunyai perwatakan yang ceria malah beliau sangat disenangi dengan sesiap sahaja. Beliau telah bertunang dengan lelaki yang sempurna dan mempunyai keluarga yang bahagia. Apa lagi tak cukup kan?

Namun pada suatu hari perkara tersebut berubah apabila beliau terlibat dengan kemalangan dan berada dalam keadaan koma. Walaupun begitu, roh beliau masih mengembara di dunia dan telah menemui The Scheduler, iaitu mahkluk yang ditugaskan untuk membimbing roh orang mati ke destinasi yang terakhir. Jika anda ingin tahu kisah selanjutnya, anda mestilah tonton drama ini.

Melihat kepada drama-drama Filipina yang pernah ditayangkan di Malaysia ini pastinya menggamit kenangan. Masih ada lagi ke drama-drama seperti ini ditayangkan di Malaysia?

Baca juga perkongsian kami yang terdahulu mengenai drama “Hati Yang Tersakiti” tiru drama Thailand? Baca pada pautan di bawah.

Netizen Dakwa Karya ‘Hati Yang Tersakiti’ Tiru Drama Thailand?

5 Filem Seram Thailand Yang Pernah Menakutkan Anda Suatu Ketika Dahulu