Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Buat anda yang lahir pada tahun 1992-1997 bakal menyaksikan proses Pilihan Raya Umum kali ke-14 ini sebagai pengalaman pertama untuk keluar mengundi. Di sini kami akan kongsi sedikit info tentang apa yang anda harus lakukan dan apa yang anda harus elakkan ketika hari pengundian esok.

1. Pastikan anda sudah mendaftar untuk mengundi pada PRU14 ini

Semak kelayakan untuk anda mengundi di laman web Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa jarak atau ‘-‘ dan klik semak

semak pengundi

Semua maklumat seperti tempat mengundi dan masa sudah tersedia di hasil carian itu. Calon yang bertanding dikawasan anda pun ada disertakan sekali.

capture-20180507-171504

2. Pakai baju yang bersesuaian

Pastikan anda memakai pakaian yang sopan, tidak seksi dan yang paling penting sekali jangan pakai pakaian yang melambangkan identiti mana-mana parti dalam lingkungan 50 meter dari kawasan mengundi. Tudung parti pun tidak boleh ye kakak.

3. Ketahui langkah mengundi

Ini mungkin part yang paling menyeronokkan, celup jari dengan dakwat kekal sebab selepas selesai mengundi boleh selfie dengan caption “done mengundi”. Diingatkan supaya jangan mengambil gambar kertas mengundi, anda boleh didakwa. Baca langkah demi langkah proses pengundian untuk mengelakkan sebarang kesilapan berlaku.

langkah-pengundian

langkahpen

4. Bawa Kad Pengenalan Anda

Ini adalah item yang paling penting untuk anda bawa esok. Jika anda tidak bawa kad pengenalan, anda mungkin berdepan masalah untuk membuang undi.

5. Kad Pengenalan hilang

Setelah puas menyelongkar segala isi rumah dan kad pengenalan anda sah hilang, anda perlulah cepat-cepat report kehilangan kad pengenalan di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk dapatkan dokumen pengenalan sementara.

Jika anda tidak sempat untuk ke JPN, anda boleh gunakan Pasport Malaysia, lesen memandu atau mana-mana dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kerajaan yang mengandungi gambar, nama dan nombor kad pengenalan anda. Selamat mengundi.

Tip lain adalah jangan buat undi rosak kerana setiap undi adalah sangat penting. Selamat mengundi kepada semua dan ingat, setiap calon yang anda pangkah akan mentadbir negara dalam 5 tahun akan datang. Buat pilihan yang terbaik. Selamat mengundi sekali lagi!

Anda Mungkin Suka