Tarikh untuk rakyat Malaysia keluar mengundi telahpun diumumkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu pada 9 Mei ini. Pengumuman itu disampaikan sendiri oleh pengerusi SPR, Tan Sri Mohamad Hashim Abdullah di mesyuarat khas PRU yang diadakan di ibu pejabat SPR di Putrajaya pagi tadi.

Mohd_Hashim_2801_(2)
pengerusi SPR, Tan Sri Mohamad Hashim Abdullah

Beliau turut mengumumkan proses pengundian awal akan berlangsung pada 5 Mei dan tarikh tutup undi pos adalah pada 28 April bagi kategori 21(c). Tempoh berkempen PRU kali ini berlangsung agak pendek iaitu 11 hari bermula pada hari penamaan calon pada 28 April.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

SPR menjemput 14 negara sebagai pemerhati antarabangsa untuk PRU-14 sebagai pemerhati. Tambah beliau, SPR tidak mengiktiraf mana-mana organisasi dan individu lain selain yang dilantik oleh SPR sebagai pemerhati PRU-14.

HARI MENGUNDI

Nampaknya ini merupakan kali pertama sepanjang 50 tahun Rakyat Malaysia bakal mengundi para hari Rabu. Apa komen anda?