Dimanakah tempat makan yang sedap di kawasan Terminal Bas Larkin sebaik sahaja anda turun dari bas ekspress Kuala Lumpur–Johor Bahru? Makanan yang tidak terlalu berat tetapi mengenyangkan.

Di Johor, popular dengan makanan yang banyak dipengaruhi oleh elemen-elemen citarasa Singapura dan Indonesia seperti nasi ambeng, otak–otak, mee rebus, mi bandung, sup gear box dan roti jala. Apa kata anda cuba satu menu istimewa yang menjadi hidangan wajib makan jika sudah jejak negeri Johor iaitu Kacang Pool Haji.

Haaa… Nama pun sudah menarik perhatian kita. Kacang Pool Haji?

Ia adalah hidangan berasaskan kacang pool yang dimasak bersama daging cincang, dihiasi dengan bawang, cili potong dan potongan limau kasturi. Yang paling menarik, ada telur benjo di atasnya. Tidak boleh ketinggalan ialah sekeping roti bakar tebal yang rangup di luar tetapi lembut di dalam.

Membayangkannya sahaja pun dah cukup mengecurkan selera kita.

Menu ini adalah antara menu utama apabila saya pulang ke Johor Bahru. Maklumlah, apabila merantau ke tempat orang, kita akan selalu terkenang makanan di tempat sendiri.

Harga bagi satu set Kacang Pool Haji ini ialah RM5 sahaja. Cukup untuk mengalas perut sebelum meneruskan perjalanan seterusnya. Ia sangat sesuai dimakan ketika panas-panas.

Saya juga rekemenkan anda memesan segelas air bandung soda di gerai berdekatan. Rasanya sungguh menyegarkan. Hanya RM2.50 sahaja.

Jika anda sudah rasa terpanggil untuk mencicah roti bakar lembut dengan daging cincang yang digaul dengan kuning telur yang meleleh, bolehlah mengunjungi Plaza Larkin pula  yang  menghadap Terminal Bas Larkin. Ada jejantas untuk anda melintas dan di situ adalah tempat tumpuan penggemar makanan. Ia adalah sebuah medan selera yang selesa dan bersih. Klik sini untuk panduan Google Maps.

Satu lagi tempat yang anda boleh singgah ialah di medan selera sebelah Bomba Larkin. Di sini juga ada menyediakan Kacang Pool Haji. Klik untuk panduan Google Maps.

Selepas makan-makan itu, apa kata anda muat turun aplikasi Jom Makan di Play Store dan kongsikan info makanan menarik ini disitu.

p/s : Selepas makan tentu akan tapau balik sebungkus punya!

LIKE Facebook The Vocket disini