Pelakon yang pernah menceriakan industri tanah air, Benjy Ibrahim telah meninggal dunia pada pukul 11 pagi tadi di sebuah hospital di Medan, Indonesia. Beliau dipercayai meninggal dunia akibat penyakit asma yang dihadapinya sebelum ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh bapa beliau sendiri, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi kepada Astro Awani menerusi aplikasi WhatsApp. Tambah bapa beliau lagi, urusan pengebumian Benjy akan dilakukan di Medan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

E5_q0zxVEAYH5aa

Adik kepada arwah turut memuat naik ciapan kenyataan rasmi dari ahli keluarga mengenai pemergian abangnya yang tercinta. Di dalam kenyataan tersebut ada menjelaskan Benjy yang menghidapi penyakit asma kronik dan penyakit paru-paru yang lain tidak dapat bernafas pada pukul 11 tadi. Namun beliau tidak sempat diselamatkan semasa berada di hospital.

Dalam kenyataan tersebut itu juga, ahli keluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai atas semua bantuan dan sokongan yang diberikan kepada Benjy selama ini.

Pada masa yang sama, rakan-rakan artis yang lain turut menzahirkan perasaan sedih dan mendoakan kebaikkan buat arwah Benjy menerusi media sosial masing-masing.

Sementara itu pihak Astro Awani mendapat makluman daripada Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) di mana mereka sedang cuba mendapatkan bantuan dari pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, Indonesia untuk pengurusan jenazah.

“Kami sedang berhubung dengan wakil Malaysia di sana, perkembangan terbaharu akan diberitahu kelak,” kata Hafiz Hanafiah, Setiausaha SENIMAN.

Pelakon Indonesia terkenal yang membintangi sinetron Bawang Merah, Bawang Putih telah ditangkap polis baru-baru ini akibat penyalahgunaan dadah.

Nia Ramadhani, ‘Bawang Merah’ Yang Ditangkap Kerana Penyalahgunaan Dadah

Dituduh ‘Songlap’ Duit Bantuan Dan Ambil Kesempatan, Zara Zya Menangis Luah Rasa Kecewa

Sumber