Filem kontroversi, Mentega Terbang yang didakwa mempersenda agama Islam, Mentega Terbang sudah pun dikeluarkan daripada aplikasi penstriman dalam talian sejak 27 Februari lalu.

Menteri Komunakasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengatakan filem tersebut juga bakal diambil tindakan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Finas turut menyiasat aspek lain sekiranya mereka ada buat kesalahan di bawah undang-undang badan ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) (Datuk Mohd. Na’im Mokhtar) juga sudah memberi maklum balas mengenainya,” ujar beliau lagi.

Beliau juga mengatakan filem tersebut pernah tular di media sosial sejak tahun 2021 namun tidak diambil tindakan lebih awal oleh kerajaan sebelum ini.

Perkara ini sekaligus membangkitkan kemarahan orang ramai di mana terdapat sebanyak tujuh NGO yang membuat laporan polis terhadap penerbitan filem itu serta menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan kepada semua penerbit dan produksi filem supaya mengikut garis panduan pembuatan filem yang ditetapkan Finas dan Lembaga Penapisan Filem (LPF).