Atas dasar integriti, Menteri Luar Belanda, Halbe Zijlstra meletak jawatan selepas mengaku bersalah menipu menghadiri satu mesyuarat pada tahun 2006 bersama Presiden Russia, Vladimir Putin.

Walaupun penipuan itu sudah berlalu 12 tahun lalu, Halbe tetap meneruskan keputusan beliau untuk meletak jawatan sebagai seorang menteri sehari selepas mengaku kesalahan beliau ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Halbe menipu tentang perjumpaan beliau bersama Vladimir Putin yang membincangkan tentang ‘Greater Russia’ ketika itu. Halbe mengaku yang beliau tidak berada di dalam bilik mesyuarat dan hanya mendengar tentang perbincangan ini daripada wakil yang hadir ke perjumpaan itu sahaja.

Pengumuman itu dibuat Halbe ketika sidang di Parlimen dan turut disaksikan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte. Halbe merupakan anggota VVD, parti pimpinan Rutte.

halbe 2
Halbe Zijlstra (kanan) & perdana Menteri Belanda, Mark Rutte (kiri)

“Kita tinggal dalam negara di mana kebenaran adalah sangat penting. Jadi saya tidak nampak sebarang jalan yang lain selain daripada meletak jawatan,” Halbe ketika membuat ucapan terakhir di parlimen.

Halbe baru memegang jawatan beliau kurang daripada 4 bulan. Setakat ini masih belum ada pengganti untuk jawatan Halbe ini.