Sebuah perkampungan Orang Asli Mah Meri di Sepang, Selangor diusir bagi memberi laluan kepada tarikan pelancong yang dibina oleh syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

Menurut The Malaysian Insight, pembangunan tersebut merupakan perluasan resort mewah sedia ada Avani Sepang GoldCoast, milik Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

20 tahun menetap di sana, penduduk Orang Asli Mah Meri tidak mempunyai hak milik tanah kerana kawasan tersebut adalah milik PNSB dan Majlis Perbandaran Sepang.

Pada 20 April 2021, 12 keluarga suku Mah Meri dari Kampung Orang Asli Bagan Lalang diberikan notis pengusiran yang meminta mereka meninggalkan rumah mereka dalam tempoh 30 hari.

Isu ini mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan yang diambil iaitu merampas rumah penduduk Orang Asli tersebut. Malah, para netizen turut menyatakan solidariti terhadap penduduk Orang Asli.

https://twitter.com/s0mehinava/status/1393090048011112452

Laporan The Malaysian Insight mendapat perhatian Menteri Besar Selangor Amirudin Shari sekaligus menafikan laporan berita yang mendakwa bahawa Orang Asli suku Mah Meri di Bagan Lalang diusir dari perkampungan mereka oleh syarikat milik kerajaan negeri, Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB).

Menurut Amirudin, kawasan yang dimaksudkan itu bukan perkampungan tanah Orang Asli seperti didakwa tetapi hanyalah pos sementara untuk memudahkan pekerja Orang Asli yang berulang alik dari kampung asal mereka ke tempat kerja di Bagan Lalang.

Tambahnya, komuniti Orang Asli itu telah bersetuju untuk mengosongkan tanah berkenaan dan telah menulis surat untuk memohon pelanjutan tempoh pengosongan. Malah, notis pengosongan dalam tempoh 30 hari telah diberikan sebelum ini dan boleh dipanjangkan lagi sekiranya perlu.

Untuk rekod, PSNB telah berhubung dengan komuniti Orang Asli berkenaan sejak tahun lalu dan juga memaklumkan bahawa mereka terbuka untuk membincangkan permintaan Orang Asli Mah Meri serta boleh memberikan lebih banyak masa bagi mengosongkan tanah berkenaan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Kenali Briged Al-Qassam, Pejuang Yang Berjaya Menakutkan Tentera Zionis Israel

Kumpulan Rage Against The Machine Dikecam Peminat Kerana Sokong Palestin

Terima Soalan ‘Kurang Ajar’, Aliff Syukri Mengamuk Dan Marah AC Mizal Dalam Set Penggambaran?