Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad mengutuk pengeluar minuman keras wiski Timah buatan Malaysia dan menyatakan bahawa pembuatannya bersikap ‘provokatif’. Selain itu, ahli parlimen PAS turut meminta agar namanya ditukar agar tidak menimbulkan kekeliruan dikalangan umat Islam di negara ini, lapor The Vibes.

Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa penggunaan nama ‘Timah’ seolah-olah dibuat untuk menormalkan minuman keras di kalangan umat Islam, “Saya setuju namanya ditukar. Perkara provokatif seperti itu, yang boleh menimbulkan kekeliruan, tidak seharusnya berlaku. Alkohol adalah haram (bagi orang Islam), tanpa mengira namanya.”

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Idris turut mempersoalkan apakah maksud di sebalik nama ini? dan adakah pembuat minuman keras ini sengaja mahu menormalkan budaya minum minuman beralkohol di negara ini?

Dalam satu kenyataan dari pembuat minum keras berkenaan, difahamkan bahawa nama Timah diambil dari perkataan Melayu untuk timah sempena perlombongan bijih timah yang berlaku di Tanah Melayu sewaktu zaman penjajahan Inggeris.

Bagaimanapun, golongan yang tidak senang dengan nama itu terus menerus menuduh pembuat minuman keras tersebut mengambil nama Timah sempena nama wanita Muslim – Fatimah.

Bagi Idris pula, walau apa pun alasan yang diberikan oleh pihak yang menghasilkan wiski tersebut, ia tetap tidak boleh diterima dan telah pun membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Dalam Negeri.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor pula turut mendesak pihak kerajaan mengarahkan syarikat jenama itu menukar jenama dan imej yang digunakan pada botolnya untuk mengekalkan keharmonian kaum di Malaysia.

“Sebilangan besar umat Islam juga tidak mengetahui asal-usul jenama Timah dan lelaki yang digambarkan pada label. Bagi mereka, Timah adalah nama pendek dari nama puteri Nabi. Saya mencadangkan agar jenama itu ditukar menjadi Captain Speedy, yang saya percaya lebih sesuai,” katanya seperti yang dilaporkan oleh FMT.

Sementara itu, Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas) pertubuhan bukan kerajaan Muslim meminta siasatan terhadap KPDNHEP kerana didakwa meluluskan nama tersebut.

“Penggunaan Timah nampaknya menghina umat Islam kerana anak Nabi Muhammad bernama Fatimah, dan pelancaran produk itu hampir dengan perayaan Maulidur Rasul (ulang tahun Nabi) bulan ini.

“Seperti yang kita ketahui, Islam adalah agama rasmi persekutuan. Sensitiviti umat Islam mesti dilindungi untuk mengelakkan ketegangan kaum di Malaysia,” katanya seperti yang dilaporkan oleh The Vibes.

Difahamkan bahawa wajah lelaki yang terpampar di botol Timah tersebut adalah Kapten Tristam Speedy yang dilantik sebagai Kapten Polis di Perak oleh Pembesar Larut, iaitu Ngah Ibrahim. Kapten Speedy juga sebelum itu pernah dilantik sebagai Superintenden Polis di Pulau Pinang namun berhenti apabila dia menerima tawaran lebih baik dari Pembesar di Perak.

Keputusan DBKL bekukan lesen arak boleh buat orang hilang kerja, kata kumpulan penjual. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Keputusan DBKL Bekukan Lesen Arak Boleh Buat Orang Hilang Kerja, Kata Kumpulan Penjual

Kejam Dan Zalim, Kumpulan Lelaki Dipercayai Dari Malaysia Beri Kambing Minuman Keras

Kedai Runcit Di Kuala Lumpur Tidak Lagi Dibenarkan Jual Minuman Keras Mulai 1 Oktober 2021