Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia Luhut Binsar Pandjaitan mendakwa bahawa jumlah kes COVID-19 di Indonesia terus menurun sambil menambah bahawa situasi wabak di sana lebih baik berbanding daripada negara jiran di rantau ASEAN, lapor Kompas.

“Berbanding dengan negara-negara jiran di ASEAN, khususnya (COVID-19) Indonesia termasuk yang paling rendah,” kata Luhut dalam sidang media dalam talian, “Indeks pemulihan COVID-19 Indonesia yang dikeluarkan oleh Nikkei menunjukkan kedudukan Indonesia jauh lebih baik daripada Singapura, Malaysia dan Thailand.”

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Alasan beliau disebalik kenyataan terbabit adalah, dalam seminggu terakhir kes COVID-19 harian nasional turun sebanyak 98.4 peratus berbanding puncaknya pada pertengahan Julai 2021. Sementara itu, Java-Bali mengesahkan kes jatuh sebanyak 98.99 peratus. Bukan hanya itu, jumlah kematian pesakit COVID-19 setiap hari juga terus menurun. Data terbaru pada 10 Oktober 2021, menunjukkan bahawa terdapat 39 kematian di seluruh negara dan 17 kematian di Jawa-Bali.

Bagi program vaksinasi pula, Luhut mengatakan bahawa suntikan vaksin COVID-19 di Indonesia sedang berada pada laluan yang positif di mana terdapat peningkatan dalam liputan vaksin, terutamanya di kalangan orang tua. Tahap pertama vaksinasi di Jawa-Bali mencapai 40 peratus pada 10 Oktober, meningkat 8 peratus sejak 13 September 2021.

Situasi di Malaysia

Memetik laporan Sinar Harian, situasi COVID-19 di Malaysia juga sebenarnya jauh lebih baik berbanding beberapa bulan yang lalu. Dalam satu kenyataan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, beliau menyatakan bahawa Malaysia kini sudah menunjukkan trend positif yang kita akan pulih daripada wabak COVID-19.

Secara keseluruhan, Dr Noor Hisham berkata trend menurun telah ditunjukkan sejak Minggu Epidemiologi (ME) ke-34 lagi – indikator utama bagi kes harian kes aktif, kematian, kes ICU dan pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Pada ME ke-40 iaitu daripada 3 hingga 9 Oktober, terdapat sebanyak 63,722 kes Covid-19 telah dilaporkan berbanding 83,368 kes pada ME ke-39. Ia turun sebanyak 23. 6 peratus,” katanya sambil menjelaskan penurunan itu juga telah berlaku secara konsisten sejak enam minggu kebelakangan ini iaitu pada ME ke-34.

Tambah Dr Noor Hisham lagi, sebanyak 133,806 kes aktif dilaporkan pada ME ke-40 iaitu penurunan 21.0 peratus berbanding ME ke-39. Manakala dari segi kematian, KKM merekodkan sebanyak 700 kes kematian dengan purata 100 kes sehari pada ME ke-40 iaitu menurun 50.2 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Manakala pesakit yang memerlukan rawatan di ICU pula menurun sembilan peratus berbanding ME ke-39 dan bagi alat bantuan pernafasan pula menunjukkan penurunan sebanyak 11.2 peratus iaitu 331 kepada ME ke-40.

Malaysia juga mencatatkan penurunan dari segi kluster dengan hanya mencatatkan 79 kluster pada ME-40. Terdapat penurunan kluster sebanyak 21 kluster berbanding ME-39.

Pengacara ini temuramah kerusi kosong, Menteri Kesihatan Indonesia hilang selepas kes COVID-19 naik. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Pengacara Ini Temuramah Kerusi Kosong, Menteri Kesihatan Indonesia ‘Hilang’ Selepas Kes COVID-19 Naik

Kematian Kini 32 Kes, Lebih 600,000 Penduduk Indonesia Berisiko Positif COVID-19

Coronavirus Uji Kemanusiaan, Rakyat Indonesia Halang Jenazah COVID-19 Ditanam Kerana Takut Dijangkiti