Mungkin ramai dalam kalangan kita yang tertanya-tanya apakah sebab sebenar yang menyebabkan kita  berkemungkinan tidak boleh menyambut Hari Raya Aidilifitri dan mengamalkan tradisi seperti balik kampung dan ziarah-menziarahi seperti biasa tahun ini.

Perkara ini menjadi persoalan besar buat sebahagian daripada kita sedangkan premis perniagaan dan sektor ekonomi pula dibenarkan beroperasi, namun apabila tiba giliran untuk beraya kita tidak dibenarkan dan terpaksa mengamalkan ‘normal baru’ dalam menyambutnya untuk tahun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kerajaan melalui Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini membenarkan sebahagian besar sektor ekonomi dan perniagaan untuk kembali beroperasi seperti biasa dengan mengamalkan SOP yang telah ditetapkan.

Pembukaan ekonomi ini sekaligus membenarkan orang ramai untuk keluar bekerja tetapi apa yang menjadi persoalan ketika ini adalah kenapa kita dibenarkan untuk keluar bekerja dan melakukan aktiviti harian yang lain tetapi bukannya menyambut hari raya?

Kepada anda yang mempunyai persoalan dan keliru dengan pertindihan itu, mungkin penjelasan daripada Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob ini boleh merungkai segala kekeliruan yang timbul berkaitan dengan sambutan hari raya yang akan tiba tidak lama lagi.

Menurut laporan Astro Awani yang memetik siaran langsung menteri itu di Bernama TV, beliau menjelaskan hal ini adalah kerana ianya sedikit sukar untuk mengamalkan pematuhan SOP yang ditetapkan KKM ketika menyambut hari raya- terutama di kampung-kampung.

Manakala di premis-premis perniagaan pula, SOP ini adalah lebih mudah untuk diikuti oleh masyarakat dan orang ramai, jelasnya.

“Sebagai contoh siapa yang nak masuk mesti beratur, jarak satu meter.. jarakan sosial mesti dijaga, sebelum masuk juga kena saring dan untuk masuk juga kena ada jumlah tertentu yang kita perlu tetapkan, jadi semua SOP itu kita jelas.

“Tetapi balik kampung siapa yang nak pantau, dalam satu rumah tiba-tiba berpeluk-peluk dengan saudara-mara, macam mana kita nak pastikan jarakan sosial berlaku, bagaimana nak pastikan ada yang periksa suhu setiap orang yang masuk ke rumah,” katanya dalam program ‘Ruang Bicara’ Bernama TV.

Beliau bagaimanapun pada masa sama menegaskan keputusan untuk memberikan kebenaran untuk pulang ke kampung tertakluk kepada bidang kuasa Menteri Kesihatan untuk mengeluarkan sebarang arahan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Seperti saya katakan, kita akan rujuk kepada Kementerian Kesihatan, kerana Akta 342 ini adalah akta di bawah kementerian ini, dan di dalam akta ini Menteri Kesihatan boleh keluarkan arahan, jadi arahan menteri pada ketika ini, tidak boleh,” katanya.

Ismail Sabri pada semalam memberitahu tiada aktiviti menziarah dibenarkan untuk tahun ini termasuk buat mereka yang berada dalam negeri yang sama. Ini sekaligus menimbulkan persoalan mengapa perkara itu tidak dibenarkan sedangkan orang ramai dibenarkan untuk keluar bekerja dan sebagainya.

Baca perkongsian semasa mengenai COVID-19 dan PKP dalam negara kita di sini. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Ziarah Hari Raya Tidak Dibenarkan Walau Dalam Negeri Yang Sama

PKPB Bolehkan Empat Sekeluarga Keluar Rumah Menaiki Sebuah Kenderaan

PM Umum Tiada ‘Balik Kampung’ Untuk Tahun Ini

Sumber