Larangan merentas negeri mugkin akan ditarik balik seawal 18 Mac ini sekiranya bilangan jangkitan COVID-19 di Malaysia berkurang ke tahap yang dapat dikendalikan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Sejak awal tahun ini, negeri-negeri seperti Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor telah diletakkan di bawah PKP. Bagaimanapun, perintah itu telah dicabut hari ini dan digantikan dengan PKPB yang dijadualkan akan berakhir pada 18 Mac ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dr Adham berkata, bahawa cadangan ini akan dibawa untuk dipertimbangkan oleh kerajaan dan pihak kementerian.

“Oleh itu, kami telah memutuskan bahawa tidak akan ada perjalanan antara negeri hingga 18 Mac,” katanya kepada Malay Mails, sambil menambah bahawa ia akan dikaji secara berkala.

“Selepas 18 Mac, kami akan melihat apakah data menunjukkan peningkatan, kerana kita telah berhasil menurunkan lengkuk ketika ini.”

Untuk rekod, kes harian COVID-19 kembali menunjukkan penurunan ke angka 1,000 sejak minggu lalu kecuali semalam di mana kes meningkat ke angka 2,063 kes.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi gambaran bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membenarkan pergerakan rentas antara dua negeri zon hijau yang berada dalam perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

Tambah beliau lagi, perkara itu kini dalam perbincangan antara Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM). Namun ia akan diperincikan lagi sebelum sebarang pengumuman dilakukan bagi mengelak risiko.

Status PKP di 4 negeri bertukar PKPB mulai 5 Mac dan hanya rentas daerah dibenarkan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Status PKP Di 4 Negeri Bertukar PKPB Mulai 5 Mac Dan Hanya Rentas Daerah Dibenarkan

Orang Ramai Anggap Denda RM10,000 Jika Langgar PKP Terlalu Tinggi

Kesan PKP 2.0 Kepada Ibu Bapa, Ada Yang Terpaksa Pinjam Ah Long Untuk Beli Gajet PdPR