Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba telah mengeluarkan kenyataan mana-mana menteri yang pulang dari lawatan rasmi luar negara akan dilonggarkan tempoh pemerhatian daripada 10 hari kepada tiga hari.

Menerusi portal rasmi e-Warta Persekutuan, perintah tersebut akan berkuat kuasa pada 9 Februari hingga 1 Ogos ini dan telah dinamakan sebagai ‘Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengencualian) 2021.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui laporan terbitan Astro Awani, perintah itu menyebut, Dr Adham mengecualikan jemaah menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara daripada pemakaian seksyen 15 Akta.

Syarat pengecualian akta dalam perintah tersebut juga menyebut menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara hendaklah menjalani pemerhatian selama tiga hari atau menjalani pengawasan sehingga boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.

Sebagai rekod, Seksyen 15 (1) akta ini memperuntukkan bahawa seseorang pegawai diberi kuasa boleh memerintahkan supaya mana-mana kontak menjalani pemerhatian di mana-mana tempat dan bagi apa-apa tempoh yang difikirkannya patut, atau menjalani pengawasan sehingga dia boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.

Walaupun begitu, tidak jelas jika perintah tersebut akan dikenakan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin yang telah kembali ke Malaysia pada hari jumaat yang lalu berikutan lawatan rasmi dua hari ke Indonesia.

Baca perkongsian kami yang terdahulu mengenai penerangan daripada Menteri Pendidikan tentang pembukaan sekolah walaupun kes COVID-19 meningkat melalui pautan di bawah.

Menteri Pendidikan Jelaskan Mengapa Sekolah Masih Dibuka Walaupun Kes COVID-19 Meningkat

‘Bagaikan Tidak Takut Maut’, Menteri Kesihatan Ingatkan Rakyat Agar Patuh SOP

Berjaya Tangani Covid-19 Dan Larangan Merokok Di Restoran, Netizen Kenang Jasa Bekas Menteri Kesihatan

Sumber