Bulan Ramadan ini, ramai orang yang mengambil kesempatan untuk berbuka puasa di hotel kerana banyak tawaran buffet menarik dengan harga berpatutan anda boleh dapatkan.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok telah berkongsi sebuah video yang menunjukkan luahan kekecewaannya berbuka puasa di Lakeside Kitchen @ Flamingo Hotel By The Lake, Ampang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://www.tiktok.com/@nonachaca317/video/7218561219194637574

Menerusi video tersebut, dia yang berbuka puasa bersama keluarganya berasa terkejut apabila menu bufet hotel itu dalam kuantiti sedikit dan tidak mempunyai banyak pilihan serta harganya tidaklah murah.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan segelintir netizen yang pernah makan di sana turut mengungkapkan perkara yang sama.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen mengatakan lebih berbaloi makan di luar berbanding bayar mahal tetapi hanya dapat menu seperti itu.