Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Vocket Makan kali ini nak bawa anda ke luar Lembah Klang. Kali ini kita ke selatan tanah air pula.

Kami ke bandar Batu Pahat, Johor. Alang-alang penulis pulang ke kampung berbuka bersama keluarga, kami review bazar Ramadhan di sini sekali.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

batu pahat

BACA: VIP Roti John Dan Air Kelapa Nipah Bazar Ramadhan Bandar Tun Hussein Onn Pasti Buat Anda Kecur Lidah

Menu berbuka puasa yang menjadi kegemaran penulis setiap tahun adalah air katira. Air katira ini memang selalu tiba-tiba muncul pada bulan puasa. Entah kenapa minuman ini tidak keluar selain bulan Ramadhan.

Bahan untuk membuat air katira ini terdiri daripada susu cair, kordial barli, kembang semangkuk, biji selasih, dan lain-lain lagi bergantung kepada keunikan penjual itu sendiri. Ada yang tambah kurma, cincau, ice cream soda, dan bermacam lagi untuk menghasilkan rasa yang sedap dan tersendiri.

Di bazar Ramadhan Kampung Peserai ini, kami terjumpa dengan menu air katira yang sangat berbeza dengan yang biasa ada di bazar-bazar yang lain. Gerai ini menjual air katira madu.

11657385_10206832314983691_331457570_n

Memang laris gerai ini. Sekali pengunjung datang, pasti akan ambil 3, 4 bungkus untuk dibawa pulang. Pekerjanya juga cekap. Di hadapan gerai diletakkan 2 orang pekerja supaya boleh terus menyerahkan bungkusan air kepada pengunjung. Air katira madu ini berwarna putih dan hanya nampak biji selasih sahaja terapung di dalam air. Harga sebungkus air katira madu adalah RM2.00. Kami bawa pulang 2 bungkus.

batu pahat

Kemudian kami singgah pula ke bazar Ramadhan Pesta di bandar Batu Pahat berhampiran dengan Masjid Sultan Ismail. Bazar ini lebih besar daripada yang berada di Kampung Peserai. Banyak pilihan makanan yang terdapat di bazar ini.

11693120_10206832315303699_1327069332_n

11696720_10206832315183696_538713186_n

Kami tertarik dengan gerai yang menyediakan roti jala ini. Yang menjadikan ianya istimewa adalah penggunaan kuah serawa durian sebagai pencicah roti jala ini. Tapi sekiranya anda berminat untuk menikmati kuah kari, gerai ini juga turut menyediakannya. Kami bawa pulang 1 set, dalamnya ada 6 keping roti jala dan semangkuk kuah serawa beharga RM6.00.

Tiba waktu berbuka, kami mencuba kedua-dua menu ini. Selesai menjamah kurma, kami minum air katira madu ini. Rasanya memang enak dan manis. Memang terserlah rasa madu sambil mulut masih menguyah biji selasih.

11647139_10206832313823662_1928470245_n

11652219_10206832313863663_2080161792_n

BACA: Nikmati Keenakan Murtabak Goreng Dan Kuih Bakar Asli Melaka Bazar Ramadhan Bandar Sri Permaisuri

Kemudian kami mencuba pula roti jala dicicah dengan kuah serawa durian. Mungkin ini pengalaman baru kami, roti jala dan kuah serawa durian merupakan kombinasi makanan yang sedap. Rasanya manis dan enak. Cuma kami rasa kuahnya agak cair. Kalau dipekatkan sedikit, serta dimasukkan sedikit isi durian pasti umph!.

11652161_10206832314263673_1497894163_n

11647365_10206832313943665_2054817854_n

Itu sahaja menu makanan berbuka yang kami ingin kongsikan kepada anda kali ini. Sekiranya berminat untuk dapatkan menu ini, bolehlah singgah bazar Ramadhan Kampung Peserai (waze) dan Pesta (waze) di Batu Pahat. Nantikan kongsian makanan daripada kami dalam post seterusnya.

BACA: Vocket Makan… Kebab Station, Stesen LRT Universiti

BACA juga: Jom Makan: Aplikasi Bantu Cari Tempat Makan Di Malaysia

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka