Setiap tahun, Prosperity Burger adalah menu paling dinanti-nantikan oleh pelanggan setia McDonald’s. Boleh dikatakan, rakyat Malaysia tidak akan terlepas untuk dapatkan Prosperity Burger ini apabila ia kembali dijual.

Kebiasaannya, Prosperity Burger akan kembali apabila menghampiri perayaan Tahun Baru Cina. Kena dengan namanya, ‘Prosperity’ sebenarnya datang dalam pelbagai bentuk iaitu keluarga, kasih sayang, persahabatan, saling berkongsi dan banyak lagi.

Baca Juga:

Menu popular sepanjang masa ini sentiasa mendapat tempat dalam hati rakyat Malaysia dan menjengah ke media sosial, ramai orang tertanya-tanya bila dapat nikmati Prosperity Burger lagi.

https://twitter.com/4isythew3ird/status/1594718417793474560

Prosperity Burger kini kembali menemui anda!


Akhirnya, penantian anda untuk nikmati kelazatan Prosperity Burger sudah sampai ke penghujung apabila McDonald’s bawa kembali menu popular tersebut pada 1 Disember 2022.

Maka, anda bolehlah bersiap sedia untuk dapatkan Prosperity Burger di cawangan McDonald’s terdekat bersama-sama dengan keluarga dan juga rakan anda.

Apa yang membuatkan Prosperity Burger ini jadi kegemaran ramai orang?

Keistimewaan burger ini terletak kepada sos lada hitam istimewanya dimana ia memberikan cetusan rasa pedas dan ‘fresh’ kepada mereka yang makan burger tersebut.

Selain daripada sos lada hitam istimewa, bawang holland segar yang digunakan turut membangkitkan lagi aromanya. Terdapat dua pilihan daging untuk anda pilih iaitu daging lembu ataupun daging ayam.

Lebih istimewa apabila ia didatangkan bersama ‘Twister Fries’ dan Prosperity McFizz, memang satu gabungan yang mantap. Letakkan ‘Twister Fries’ ke dalam burger, lalu makan ia memang ‘perfect’.

Guna aplikasi untuk dapat ‘rewards’

Sebelum terlupa, McDonald’s sebenarnya telah perkenalkan aplikasi untuk anda kumpul mata ganjaran sekaligus dapat menebus makanan dengan mata ganjaran terkumpul.

Oleh itu, apabila anda sudah mengumpulkan banyak mata ganjaran, anda boleh menebus Prosperity Burger ala carte dengan menggunakan 2000 mata ganjaran terkumpul anda.

Penebusan mata ganjaran untuk mendapatkan Prosperity Burger ala carte itu hanya sah dari 1 Disember 2022 hingga 4 Januari 2023. Pastikan anda sentiasa menggunakan aplikasi McDonald’s untuk mengumpul mata ganjaran.

Peminat Prosperity Burger mesti tidak akan terlepas untuk dapatkan burger ini, bukan? Tunggu apa lagi? Serbu cawangan McDonald’s terdekat anda segera atau anda boleh juga beli dengan penghantaran atau ‘self-collect’.