McDonald’s merupakan antara restoran makanan segera kegemaran rakyat Malaysia. Pelbagai menu lazat yang sering ditawarkan oleh McDonald’s kepada pelanggannya.

Menu apa yang anda ingin McDonald’s bawakan kembali untuk anda? Mesti setiap daripada anda memiliki jawapan yang berbeza. Kami ingin beritahu anda satu berita buat peminat burger Mighty Samurai kerana kini McDonald’s bawa kembali burger Mighty Samurai kegemaran ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Semestinya anda sudah terbayang rasa burger Mighty Samurai yang tampil dengan sos teriyaki sempurna. Memang ‘awesome’ dan buat terliur. Difahamkan Mighty Samurai ini akan mula dijual bermula hari ini, 14 Mei 2020.

Bagi anda yang tidak ingin terlepas peluang untk mencuba burger lagenda ini, anda boleh dapatkan di restoran McDonald’s terdekat anda atau secara dalam talian. Harga set burger Mighty Samurai daging dan ayam bermula dengan RM13.

96527561_597943880845179_264264325496045568_o

96722241_597943754178525_2416704855381901312_o

Selain itu, McDonald’s juga tampil dengan seleksi pemanis mulut yang bertepatan dengan tema iaitu Yuzu Cream Cheese Pie dan Green Tea McFlurry yang pastinya akan membawa anda seperti berada di Jepun.

Harga Yuzu Cream Cheese Pie adalah bermula dari RM4.25, manakala Green Tea McFlurry pula berharga bermula dari RM6.59 sahaja. Tunggu apa lagi?

Apa kata hari ini anda berbuka dengan McDonald’s pula? Sementara itu, jika anda tidak mahu berbuka dengan McDonald’s, apa kata ikuti resipi menarik pada pautan di bawah ini.

Tidak Perlu Ke Korea, Ini Resipi Bibimbap Yang Sedap Dan Sihat Sesuai Untuk Anda Yang Berdiet

Resipi Mudah Lasagna Guna Roti Gardenia Yang Sedap Buat Penggemar Makanan ‘Western’

Lebih 3.6K ‘Shares’, Ini Resipi Phad Kra Phao Yang Sedap Untuk Dicuba Penggemar Makanan Thailand