Sempena bulan Ramadhan ini, Coffee Bean & Tea Leaf Company ( CB&TL) hadir dengan tawaran serta menu yang awesome. Semalam kami sempat mencuba beberapa menu edisi khas yang cuma akan berada di semua cawangan Coffee Bean & Tea Leaf pada bulan Ramadhan dan Raya sahaja.

Sundanese Salad, Chocolate Harmony Cake dan Sea Salt Caramel merupakan menu khas yang cuma ada sepanjang Ramadhan dan Raya ini. Semuanya sedap tetapi yang paling unik semestinya Sundanese Saladyang. Kuah kacang pada salad ini memang padu. Sesuai untuk dibuat buka puasa atau supper selepas solat terawih.

Sundanese Salad
Sundanese Salad – Kuah kacangnya memang padu
CB Sea Salt
Sea Salt Caramel – Just nice tidak terlalu manis
CB Cake 1
Chocolate Harmony Cake
CB cake 2
The Straits Cake

Jika anda mahu buka puasa dengan menu yang lebih heavy, boleh buat pesan pasta salmon & mushroom aglio olio atau sandwich teriyaki chicken. Sandwich teriyaki chicken ini memang melampau sedapnya. Siap ditabur fish flake di antara daging ayam dan roti. Ini juga menu must try jika anda singgah ke CB&TL.

Aglio Olio
Aglio Olio bersama salmon dan cendawan
CB Teriyaki
Teriyaki Chicken Sandwich – Must Try!

Harga hidangan dan minuman bermula dari RM14.50 sehingga Rm16.50. Khas dari sekarang sehingga 14 Jun 2018, anda boleh dapat satu hidangan dessert percuma sekiranya anda membeli dua minuman 12oz bermula jam 8 malam (sehingga tutup) untuk tawaran Late Night Dessert Special. Anda cuma beli air dan akan dapat dessert percuma. Jimat.

Kami sendiri sudah cuba, anda bila lagi? Boleh tag skuad lepak anda untuk cuba menu terbaru CB&TL sebelum 14 Jun ini.