Bersempena dengan bulan Februari, Starbucks Malaysia dengan berbesar hati ingin menawarkan semula menu yang telah menjadi favourite pengguna iaitu Starbucks Chocolate Black Tea with Earl Grey Jelly Frappuccino.

Melalui menu ini, pengguna dapat merasai aroma daripada earl grey jelly yang digabungkan bersama Teh Teavana Earl Grey  serta frappuccino daripada teh hitam cokelat. Sangat menyelerakan dan refreshing!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

_MG_5137

Seperti pada tahun-tahun lalu, menu ini cuma ditawarkan pada waktu terhad dimana pengguna hanya boleh dapatkannya pada 7 Februari sehingga 14 Febuari ini sahaja.

Selain itu, bermula  6 Februari ini Starbucks bakal turut mengeluarkan kad Starbucks terbaru berkonsepkan hari kekasih. Beberapa thermos terbaru berwarna emas dan pink antara yang diperkenalkan sempena keluaran pada tahun ini.

image2

Starbucks Chocolate Black Tea with Earl Grey Jelly Frappuccino boleh mula didapati di cawangan Starbucks serata Malaysia dengan harga permulaan sekitar RM18.60 bermula 7 Februari sehingga 14 Februari. Selamat mencuba!