Pada minggu lalu, nama Khairulaming sekali lagi tular di media sosial selepas Sambal Nyet keluaran beliau laris terjual di platform Shopee sebanyak 10,000 botol dalam tempoh 54 minit sahaja.

Keghairahan orang ramai serta para peminat mendapatkan Sambal Nyet dengan pantas dan banyak secara tidak langsung membuatkan nama beliau menjadi buah mulut orang ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di sebalik usaha Khairulaming selama empat tahun berkongsi video resipi makanan di media sosial, kini muncul pula individu yang menggunakan nama ‘Fatihah’ menyamar sebagai ejen dan dropship bagi Sambal Nyet Khairulaming.

Melalui perkongsian Khairulaming, sudah terdapat beberapa individu yang menjadi mangsa penipuan Fatihah yang sudah mengumpul pesanan Sambal Nyet serta membuat bayaran.

Difahamkan setakat ini, Sambal Nyet Khairulaming cuma ditawarkan di Shopee dan tidak tersedia di platform lain. Malah beliau sendiri turut menyebut di mana tiada pembukaan kepada ejen atau dropship setakat ini.

Nasihat daripada netizen

Berdasarkan insiden yang berlaku, para netizen tampil menghulurkan bantuan dengan memberi cadangan kepada orang ramai untuk lebih berhati-hati sebelum mendapatkan barangan menerusi ejen sesebuah produk atau jenama.

Selain itu, terdapat juga netizen yang mencadangkan agar Khairulaming mempatenkan Sambal Nyet agar nama tersebut tidak digunakan oleh pihak lain kelak.

Diharap orang ramai lebih berhati-hati mendapatkan produk yang ditawarkan di internet serta mendapatkannya di platform yang betul bagi mengelakkan daripada sebarang penipuan.

Ketahui lebih lanjut bagaimana Sambal Nyet Khairulaming laris terjual 10,000 unit dalam tempoh 54 minit sahaja.

10,000 Botol Dalam Masa Sejam, Sambal Khairulaming ‘Sold Out’ Diborong Peminat

Lelaki Ini Kongsi Apa Yang Dilakukan Selepas Isteri Mengidam Masakan Khairulaming